Pemergian Allahyarham sungguh tenang – KM

Masa Membaca:1 Minit, 7 Saat

PENGKALAN BATU 19 April – Pemergian Allahyarham Datuk Wira Zaidi Johari disifatkan sebagai berita yang amat mengejutkan bagi Negeri Melaka.

Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh berkata, malam tadi, beliau baru sahaja bersama Allahyarham dalam siri lawatan kerja ke Panggung Bangsawan, malam tadi, di mana Allahyarham tidak menunjukkan sebarang isyarat akan pergi buat selama-lamanya.

Namun, Ab Rauf menyifatkan pemergian Allahyarham akibat serangan jantung pada penghulu segala hari sebagai amat tenang.

“Kita amat terkejut dengan pemergian Allahyarham yang merupakan seorang penjawat awam yang amat baik berkhidmat bersama saya.

“Allahyarham seorang yang berdedikasi dan telah mengazamkan segala dasar dibuat oleh Kerajaan kepada kakitangan awam,” katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas selesai solat jenazah di Masjid Al Azim, di sini, hari ini.

Solat jenazah itu telah dipimpin Imam Besar Masjid Al Azim, Datuk Muhammad Hashim Al-Hafiz.

Hadir sama pada solat jenazah tersebut ialah Yang di-Pertua Negeri, Tun Seri Setia Dr. Mohd Ali Mohd Rustam.

Yang turut hadir, barisan Exco dan Timbalan Exco Kerajaan Negeri; ketua-ketua jabatan dan penjawat awam Negeri Melaka.

Dalam pada itu, Ab Rauf turut merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham Datuk Wira Zaidi.

“Saya juga menzahirkan rasa dukacita dan turut bersama berdukacita bersama keluarga.

“Semoga roh Allahyarham ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

551
Kongsi :
Previous post Jenazah Allahyarham Zaidi selamat disembahyangkan di Masjid Al Azim
Next post ‘Allahyarham berniat mahu tunai haji bersama keluarga’
Ubah saiz-+=