
MPAG ceriakan suasana malam di Alor Gajah
ALOR GAJAH 20 April – Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG) memperuntukkan sejumlah RM83,000 bagi menghias kawasan pentadbirannya sempena Hari Raya Aidilfitri tahun ini.
Yang Dipertua MPAG, TPr. Saifuddin Abdul Karim berkata, kerja-kerja pemasangan lampu berkenaan bermula pada 18 Mac dan siap sepenuhnya pada 5 April lalu.
“Sebanyak 680 unit lampu hiasan pelbagai jenis dipasang di kawasan MPAG bagi menceriakan sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini sekali gus merancakkan lagi Tahun Melawat Melaka 2024 (TMM2024).
“Antara kawasan terlibat adalah Bulatan Simpang Ampat, hadapan pejabat MPAG, persimpangan Kuala Ina, persimpangan Air Limau, Masjid Tanah, Bulatan Pengkalan Balak, Bandar Alor Gajah, Bandar Masjid Tanah, Bandar Pulau Sebang, Pekan Kuala Sungai Baru dan Bulatan Lubok China.
“Jenis-jenis lampu hiasan yang dipasang pula ialah lampu ketupat LED, lampu bulan dan bintang LED, replika ketupat besar berlampu neon, replika lampu pelita buluh, lampu ‘i-circle’, lampu meteor LED dan lampu ‘bulb’ berwarna-warni,” katanya kepada Melaka Hari Ini.
Menurut TPr. Saifuddin, lampu hiasan berkenaan juga memberikan nafas baharu dan menceriakan kawasan Alor Gajah sewaktu pengunjung atau pelancong melalui kawasan berkenaan.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
PERPADUAN JADI WARISAN BERHARGA BUAT MELAKA
SERI NEGERI 24 Ogos - Rakyat Melaka diseru menjadikan perpaduan dan keharmonian sebagai warisan paling berharga untuk ditinggalkan kepada generasi...
DR. AKMAL HADIRI MUKTAMAR PEMUDA PAS 3 SEPTEMBER
SERI NEGERI 24 Ogos - Ketua Pemuda UMNO Malaysia Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh akan menghadiri Muktamar Pemuda PAS di...
TUN DR. MOHD ALI SERU RAKYAT MELAKA PERBAHARUI ILTIZAM KEMERDEKAAN
SERI NEGERI 24 Ogos - Rakyat Melaka diseru memperbaharui iltizam untuk terus memelihara kemerdekaan yang diwarisi daripada generasi terdahulu, terutama...
PDRM PERKETAT KAWALAN SEMPADAN SUSULAN KETEGANGAN DI SELATAN THAILAND
SERI NEGERI 24 Ogos - Polis Diraja Malaysia (PDRM) mempertingkatkan kawalan keselamatan di kawasan sempadan susulan keadaan keselamatan yang semakin...
AYUH BEKERJA SEBAGAI SATU PASUKAN MELAKA
SERI NEGERI 24 Ogos - Seluruh penjawat awam, jabatan, agensi, anak syarikat Kerajaan Negeri dan kepimpinan Melaka diseru mengetepikan pendekatan...
MELAKA KECIL DI PETA, BESAR DI MATA DUNIA
SERI NEGERI 24 Ogos - Melaka mungkin kecil dari segi keluasan, namun kekuatan sektor pelancongan dan warisannya terus mengangkat nama...
