
Waspada hujan lebat di kebanyakan negeri semenanjung
KUALA LUMPUR, 21 Nov. – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hari ini mengeluarkan amaran cuaca waspada peringkat kuning dengan hujan lebat dijangka berlaku di Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor (Tangkak, Segamat & Muar) sehingga Isnin ini (23 Nov).
Ketua Pengarah MetMalaysia Jailan Simon berkata hujan lebat juga dijangka berlaku di Kelantan (Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Jeli, Tanah Merah, Bachok, Machang, Pasir Puteh & Kuala Krai); dan Terengganu (Besut, Setiu, Kuala Nerus, Hulu Terengganu, Kuala Terengganu & Marang) bermula esok (22 Nov) hingga Isnin (23 Nov) ini.
āAngin kencang barat laut dan timur laut berkelajuan 40 hingga 50 km/jam dengan ombak mencapai 3.5-meter dijangka bertiup di perairan negeri Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Kelantan dan Terengganu dalam tempoh itu.
āKejadian ini boleh mendatangkan risiko limpahan air laut di pesisir pantai dan muara sungai kawasan terbabit,ā katanya dalam satu kenyataan.- BERNAMA
Views:
Related

Berita Lain
NELAYAN BERLESEN MELAKA KINI DIBENAR TANGKAP IKAN DI PULAU BESAR
AYER KEROH 22 Jun - Nelayan berlesen di Melaka kini diberikan kebenaran khas untuk menjalankan aktiviti penangkapan ikan di sebahagian...
MELAKA TERIMA LEBIH ENAM JUTA PELANCONG SETAKAT MEI, IMPAK EKONOMI DIANGGAR RM6.24 BILION
AYER KEROH 22 Jun - Melaka terus menjadi destinasi percutian pilihan dengan angka terkini merekodkan seramai enam juta pelancong singgah...
MELAKA KEKALKAN MOMENTUM KECEMERLANGAN PADA STPM 2025
AYER KEROH 22 Jun - Melaka sekali lagi melakar pencapaian yang amat membanggakan menerusi keputusan peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia...
MELAKA PERKASA MISI ‘SATU KELUARGA SEBUAH RUMAH’
AYER KEROH 22 Jun - Sejak ditubuhkan lebih dua dekad lalu, Lembaga Perumahan Melaka (LPM) bukan sekadar merancang dan menyelaras...
JELAJAH KETUA MENTERI BERMULA JULAI INI
AYER KEROH 22 Jun - Jelajah Ketua Menteri menjadi satu lagi inisiatif dalam usaha berterusan Kerajaan Negeri menyantuni dan menjaga...
MBMB NAIK TARAF SUNGAI PUNGGUR JADI DESTINASI RIADAH BAHARU
TELOK MAS 22 Jun - Kawasan Sungai Punggur yang terletak berhadapan Medan Ikan Bakar Dā Muara Punggur, Alai akan dinaik...

