
Dua penunggang motosikal maut bertembung
Ketua Polis Daerah Machang Supt Ahmad Shafiki Hussin berkata hasil siasatan mendapati mangsa yang menunggang motosikal jenis Yamaha Y16ZR dari arah Kota Bharu menuju ke Kuala Krai, dipercayai telah hilang kawalan lalu terbabas masuk ke laluan bertentangan.
Beliau berkata susulan itu berlaku pelanggaran secara berdepan dengan penunggang yang menaiki motosikal jenis Yamaha Y15 dari arah Kuala Krai.
“Akibat daripada kemalangan itu, kedua-dua pemuda berkenaan meninggal dunia di tempat kejadian disahkan oleh pembantu perubatan dan kes itu disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Orang ramai yang melihat atau mempunyai maklumat mengenai kejadian itu diminta tampil membantu siasatan dan boleh berhubung dengan pegawai penyiasat trafik Insp Khairulanwar Adam di talian 011-10085165 atau di talian 09-9751222 atau boleh ke bilik gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Machang, katanya.
— BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
POLIS MELAKA TIDAK LAGI BERLEMBUT KE ATAS PELAJAR SEKOLAH
BUKIT KATIL 23 Oktober – Pemeriksaan mengejut Polis Melaka di sebuah sekolah di Bukit Baru hari ini mendapati masih ada...
LELAKI MAUT MOTOSIKAL HILANG KAWALAN DI ‘PERSIMPANGAN Y’
BANDARAYA MELAKA 23 Oktober - Seorang lelaki maut selepas motosikal ditunggangnya hilang kawalan sebelum merempuh papan tanda di Jalan Hang...
PELAKSANAAN FASA PERTAMA KORIDOR UTILITI MELAKA BERJALAN LANCAR
SERI NEGERI 23 Oktober – Pelaksanaan fasa pertama projek Koridor Utiliti Melaka Sdn Bhd (KUM) berjalan lancar dengan beberapa projek...
ERA BAHARU DI HANG TUAH JAYA, PELAN BANGUNAN DITANDATANGANI SECARA DIGITAL
AYER KEROH 23 Oktober - Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) mencatat sejarah sebagai Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) pertama di...
JANGAN ‘GHAIRAH’ KUTIP KERANG SAMPAI LUPA KESELAMATAN DIRI – DATUK BANDAR MBMB
KLEBANG 22 Oktober - Orang ramai dinasihatkan agar lebih peka terhadap aspek keselamatan dan kebersihan sepanjang Pantai Klebang ketika menjalankan...
WRUR DURIAN TUNGGAL BAWA KELAINAN, TAMPIL ‘EXCO ANGKAT’ SETIAP KAMPUNG
DURIAN TUNGGAL 22 Oktober - Inisiatif 'Exco Angkat' bagi setiap kampung bakal memberikan impak lebih berkesan pada penganjuran Program Wakil...