
KONTRAKTOR KERUGIAN LEBIH RM460,000 TERPERDAYA SKIM PELABURAN TIDAK WUJUD
Ketua Polis Pahang Dato’ Sri Yahaya Othman berkata lelaki berusia 65 tahun itu berminat menyertai skim pelaburan saham selepas menerima pesanan iklan menerusi aplikasi WhatsApp daripada nombor tidak dikenali awal September lepas.
Beliau berkata pesara kerajaan itu telah dijanjikan pulangan lumayan iaitu sebanyak 20 peratus bagi setiap modal yang dilaburkan melalui laman web diberikan suspek.
“Dalam tempoh 5 hingga 20 Sept, mangsa telah membuat pemindahan wang sebanyak RM463,792 ke enam akaun diberi suspek.
“Mangsa menyedari dirinya ditipu setelah gagal menghubungi suspek dan tidak dapat mengeluarkan sebarang keuntungan. Sumber kewangan adalah wang simpanan mangsa dan dia telah membuat laporan polis di Balai Polis Kuantan,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Sehubungan itu, orang ramai dinasihati supaya tidak mudah percaya individu tidak dikenali dan membuat semakan dengan polis atau agensi kerajaan berkaitan bagi mengelak menjadi mangsa penipuan. – BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
2 KERETA, 9 MOTOSIKAL MENANTI PENGUNJUNG BERTUAH BAZAR KLEBANG
KLEBANG 23 Februari - Dua buah kereta, sembilan motosikal dan pelbagai barangan elektrik boleh dimenangi pengunjung Glam Bazar Aidilfitri Klebang...
MAIM CERIAKAN GOLONGAN B40 SEMPENA RAMADAN, SYAWAL
TANJUNG BIDARA 23 Februari - Bantuan dihulurkan Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) amat melegakan Rahimah Osman, 38, dan suaminya yang...
INOVASI SAWIT KURANGKAN PENCEMARAN, POTENSI PEKEBUN KECIL JANA PENDAPATAN
Oleh: Prof Madya Dr. Mohamad Haafiz Mohamad Kassim Pensyarah Universiti Bahagian Biosumber Teknologi Pusat Pengajian Teknologi Industri Universiti Sains Malaysia,...
TRAFIK LEBIH LANCAR DI BAZAR KLEBANG TAHUN INI
KLEBANG 23 Februari - Masalah kesesakan trafik yang sering berlaku di sekitar Pantai Klebang setiap kali penganjuran Bazar Aidilfitri kini...
PENDIKA, 3 NGO KONGSI REZEKI BUBUR LAMBUK ESOK
BUKIT KATIL 23 Februari - Bersempena Ramadan tahun ini, Kelab Pengamal Media Melaka (PENDIKA) bakal menganjurkan program agihan bubur lambuk...
MESRA: RAKYAT DIDAHULUKAN, KEMAKMURAN DIPERTAHAN
TANJUNG BIDARA 23 Februari - Inisiatif Melaka Sayang Rakyat (MESRA) diterjemahkan dalam pelbagai bentuk termasuk penyaluran bantuan daripada Majlis Agama...

