
LELAKI MAUT TERGELINCIR DARI LORI SAMPAH
JERTIH 16 Oktober – Seorang pemungut sampah maut selepas terjatuh dari lori sampah yang dinaikinya di Jalan Kampung Jabi di sini pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Besut Supt Abdul Rozak Muhammad berkata dalam kejadian sekitar 8 pagi itu, mangsa Muhammad Sahrul Aiman Anuar, 20, dikatakan berdiri di belakang lori sampah yang sedang bergerak dari arah Jertih ke Kuala Terengganu untuk melakukan kerja memungut sampah di sekitar Jabi sebelum dia tergelincir dan jatuh di atas bahagian hadapan sebuah kereta Proton Saga.
“Mangsa tergelincir lalu terjatuh atas bahagian depan sebuah kereta Proton Saga yang dipandu seorang wanita berusia 20 tahun dari arah sama dan berada di belakang lori sampah itu.
“Akibat kejadian berkenaan, mangsa yang beralamat di Kampung Pasir Tawar, Jertih meninggal di tempat kejadian akibat kecederaan yang dialaminya,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Abdul Rozak berkata mayat mangsa kemudiannya dihantar ke Unit Forensik Hospital Besut untuk bedah siasat, manakala pemandu Proton Saga yang bekerja sebagai guru Taska itu tidak mengalami kecederaan.
“Kes ini disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987,” katanya.
— BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
SEBALIK DERITA KANAISEN, ‘YB ALONG’ HADIR BAWA SINAR
ASAHAN 23 Oktober – Ketika dia dalam kelelahan menanggung pelbagai beban dan dunia umpama meminggirkan dirinya, P Kanaisen, 58, menderita...
CSR ZOO MELAKA: BERBAKTI SAMBIL MENIKMATI ALAM
AYER KEROH 23 Oktober – Keluar daripada rutin pejabat untuk menanam pokok, mengecat dan membersihkan persekitaran zoo memberi pengalaman berbeza...
RINDU MASAKAN SARAWAK, ROHADATUL BINA PERNIAGAAN AYAM MADU BORNEO DI MELAKA
BANDARAYA MELAKA 23 Oktober - Bermula dengan kerinduan dan mengidam untuk menjamah ayam madu Borneo mendorong Rohadatul Atsy Abdullah, 45,...
SIKAP MESRA, RENDAH DIRI AB RAUF DISENANGI RAKYAT
KESIDANG 23 Oktober - Kunjungan Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh ke Tokong Pak Tiam Keong yang berusia...
PRN MELAKA: ‘BUAH MUDA JANGAN DIJOLOK, BUAH MASAK GUGUR SENDIRI’ – AB RAUF
AYER KEROH 23 Oktober – Senarai calon Barisan Nasional (BN) bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka Ke-16 sudah disenarai...
1,500 PEGAWAI, ANGGOTA TAMBAHAN BANTU POLIS MELAKA SEPANJANG PRN
AYER KEROH 23 Oktober - Seramai 1,500 pegawai dan anggota polis dari luar kontinjen Melaka akan ditugaskan sepanjang Pilihan Raya...
