
PEMANDU MABUK REMPUH SUAMI ISTERI HINGGA MAUT DIDAKWA ESOK
Ketua Polis Daerah Seri Alam Supt Mohd Sohaimi Ishak berkata suspek berusia 34 tahun itu akan didakwa mengikut Seksyen 44(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
“Kertas siasatan kes ini telah dilengkapkan dan telah dirujuk kepada Pejabat Timbalan Pendakwa Raya. Kita telah mendapat arahan untuk menuduh pemandu kereta jenis Perodua Alza itu dengan dua pertuduhan,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata dalam kejadian pada 4 pagi itu suspek telah melanggar lampu isyarat merah sebelum merempuh sebuah motosikal jenis Honda Vario mangsa.
“Akibat pelanggaran itu, pasangan suami isteri itu cedera parah dan meninggal dunia di tempat kejadian.
“Siasatan mendapati pemandu Perodua Alza telah memandu di bawah pengaruh alkohol melebihi paras yang ditetapkan,” katanya.
Pasangan suami isteri itu iaitu Mohd Ridzwan Mohd Rudi, 37, dan Linda Mohd A Aziz, 35, meninggalkan lima anak berusia antara tiga hingga 17 tahun, dengan kesemuanya kini dijaga datuk dan nenek sebelah keluarga bapa. – BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
ANAK MELAKA DAPAT DISKAUN NAIK MELAKA RIVER CRUISE SEPANJANG RAMADAN
BANDARAYA MELAKA 27 Februari - Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka (PPSPM) menawarkan potongan harga sebanyak 10 peratus khas untuk...
TAMAN REMBIA INDAH, PERUMAHAN GAYA HIDUP MODEN
REMBIA 27 Februari - Taman Rembia Indah yang dibangunkan oleh pemaju terkemuka Melaka, PB Realty Group menjadi projek perumahan tumpuan...
KONVENSYEN AUDIT ANTARABANGSA 2026 BAKAL DIADAKAN DI MELAKA
SERI NEGERI 27 Februari - Jabatan Audit Negara berhasrat memilih Negeri Melaka sebagai lokasi penganjuran Konvensyen Audit Negara 2026. Ketua...
MPAG PASTIKAN PENIAGA PASAR RAMADAN CAKNA KEBERSIHAN, KUALITI MAKANAN
LENDU 27 Februari - Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG) akan mempergiatkan pemantauan dan penguatkuasaan di kesemua 13 pasar Ramadan di...
MAIM IMARAH RAMADAN DI PULAU BESAR
AYER KEROH 27 Februari - Pulau Besar diimarahkan dengan pelbagai program keagamaan dan pengisian kerohanian sepanjang Ramadan tahun ini. Pegawai...
DUA MAUT KEMALANGAN KERETA DI JALAN SERKAM–BEMBAN
JASIN 27 Februari – Dua maut dalam kemalangan membabitkan dua buah kereta di Jalan Serkam–Bemban, di sini, petang semalam. Ketua...

