
ANWAR BERTEMU PEMIMPIN PERNIAGAAN TERKEMUKA KOREA SELATAN HARI INI
SEOUL 26 November – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan pertemuan hari ini dengan beberapa pemimpin perniagaan terkemuka (chaebol) Korea Selatan sebagai sebahagian daripada usaha untuk menarik lebih banyak pelaburan langsung asing (FDI) ke Malaysia.
Selain itu, Perdana Menteri juga dijadual mengadakan pertemuan mulai 9 pagi (waktu Korea Selatan) dengan syarikat-syarikat terkenal, antaranya Kumpulan Samsung, SK Nexilis, Kumpulan POSCO dan Lotte International.
Perbincangan berkenaan selaras dengan strategi Malaysia untuk mendapatkan pelaburan ‘bernilai tinggi, pertumbuhan tinggi’ daripada Republik Korea.
Chaebol (tokoh korporat) adalah konglomerat milik keluarga, secara tradisinya menikmati hubungan rapat dengan kerajaan Korea Selatan.
Sokongan kerajaan negara tersebut terhadap entiti itu bermula selepas Perang Korea sebagai sebahagian daripada usaha untuk membina semula ekonomi negara. – BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
TOK RAUF AGIH KUIH DARI MEJA KE MEJA, SANTUNI MASYARAKAT CINA MACHAP BARU
MACHAP JAYA 23 Ogos - Gelagat Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh yang mengagihkan kuih dari meja ke...
PEMBANGUNAN DUN MACHAP JAYA FOKUS KEPADA KESELESAAN RAKYAT
MACHAP JAYA 23 Ogos - Pembangunan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Machap Jaya terus diperkasa menerusi pelaksanaan pelbagai projek infrastruktur,...
JELAJAH KETUA MENTERI SAYANG RAKYAT, TAK TUNGGU RAKYAT CARI YB
MACHAP JAYA 23 Ogos - Atas dasar memikul amanah dan kepercayaan diberikan pada pilihan raya yang lalu, Ketua Menteri Datuk...
TOK RAUF PUJI KOMITMEN, KEGIGIHAN AH SEM
MACHAP JAYA 23 Ogos - Komitmen Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Machap Jaya, Datuk Ngwe Hee Sem yang terus menjalankan...
JELAJAH KETUA MENTERI SAYANG RAKYAT BAWA BERITA BAIK UNTUK DUN MACHAP JAYA
MACHAP JAYA 23 Ogos - Lebih 15 bentuk sumbangan dan inisiatif dibawa pada siri Jelajah Ketua Menteri Sayang Rakyat Dewan...
‘KITA TAK PILIH SIAPA MAHU DIDENGAR, SIAPA MAHU DIBANTU’ – AB RAUF
MACHAP JAYA 23 Ogos- Kerajaan Negeri dipimpin Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh cakna dan mengambil peduli suara...
