
Jumlah kenderaan di lebuh raya meningkat 100 peratus hari pertama PKPP
PUTRAJAYA 11 Jun — Jumlah kenderaan di lebuh raya meningkat 100 peratus pada hari pertama pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) semalam susulan kebenaran perjalanan merentas negeri.
Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata sebagai contoh, jumlah kenderaan di Lebuhraya Utara Selatan (Plus) meningkat kepada 2.04 juta semalam berbanding 1.2 juta pada hari sebelumnya, manakala di Lebuhraya Karak, jumlahnya bertambah daripada 37,789 kepada 85,985 semalam.
Ismail Sabri yang juga Menteri Pertahanan berkata Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan terus memantau aliran trafik di semua lebuh raya dan kawasan rehat dan rawat (R&R) untuk memastikan prosedur operasi standard (SOP) dipatuhi oleh setiap pengguna yang pulang ke kampung.
“Jadi jangan bersesak-sesak di tandas awam, jangan bersesak-sesak di surau yang kita telah setuju untuk membukanya, begitu juga di gerai-gerai makan dan saya mengharapkan semua patuh SOP,” katanya pada sidang media harian PKPP, di sini hari ini.
Ismail Sabri mengingatkan orang ramai yang ingin pulang ke kampung supaya memandu secara berhemah berikutan peningkatan kes kemalangan maut sejak perjalanan rentas negeri dibuka.
— BERNAMA
Views:
Related

Berita Lain
PROJEK SAKIT JKR MENURUN 4.13 PERATUS
SERI NEGERI 20 Ogos - Trend projek sakit di bawah seliaan Jabatan Kerja Raya (JKR) menunjukkan perkembangan positif apabila menurun...
256 PROJEK INFRA RAKYAT MENDAHULUI JADUAL – AHMAD
SERI NEGERI 20 Ogos - Sebanyak 256 daripada 871 projek infrastruktur rakyat yang kini dalam pembinaan berada pada prestasi mendahului...
JAKIM DEKATI REMAJA, TANGANI ISU SOSIAL
PENGKALAN BATU 17 Ogos - Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) akan meneruskan Program Jerayawara Kesedaran Isu Sosial (J-KIS) ke seluruh...
DUA PELAJAR MRSM ALOR GAJAH HILANG DITEMUKAN DI PASAR SENI
KUALA LUMPUR 15 Ogos - Dua pelajar perempuan Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Alor Gajah, Melaka yang dilaporkan hilang sejak...
POLIS KENAL PASTI IDENTITI TIGA SEKELUARGA TERKORBAN AKIBAT KEBAKARAN RUMAH
ROMPIN 15 Ogos - Polis mengenal pasti identiti tiga sekeluarga yang terkorban dalam kejadian kebakaran rumah di Desa Mawar, Muadzam...
1,000 TAMAN REKREASI MADANI DIBINA MENJELANG 2035
PAYA RUMPUT 11 Ogos - Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) menyasarkan sekurang-kurangnya 1,000 Taman Rekreasi MADANI dibina di seluruh...

