
HANYA PPS DI JASIN MASIH DIBUKA
AYER KEROH 7 Mac – Tiga pusat pemindahan sementara (PPS) di daerah Melaka Tengah ditutup sepenuhnya selepas kesemua mangsa dibenarkan pulang ke rumah hari ini.
Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Melaka menerusi kenyataan memaklumkan, sehingga petang ini hanya PPS di daerah Jasin masih beroperasi dan menempatkan mangsa.
Katanya, kesemua PPS di Melaka Tengah iaitu Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) (C) Malim, Balai Raya Kampung Lapan dan Sekolah Kebangsaan (SK) Duyong dibuka pagi semalam susulan limpahan air sungai akibat hujan lebat berterusan.
“Sehingga jam 4 petang ini hanya PPS Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dang Anum, SMK Dato Abdul Rahman Ya’kub dan SK Parit Penghulu masih dibuka.
“Malah jumlah mangsa di ketiga-tiga PPS ini juga menunjukkan penurunan kepada 180 orang daripada 50 keluarga berbanding 286 mangsa sebelum ini,” kata kenyataan itu.
Kanyataan sama turut memaklumkan setakat petang ini juga hanya empat lokasi sahaja yang masih terjejas iaitu Kampung Kilang Berapi Utara, Kampung Kilang Berapi Barat, Kampung Merlimau Pasir serta Batu Gajah.
Media sebelum ini melaporkan, sebanyak 34 kawasan di daerah Melaka Tengah dan Jasin terjejas susulan hujan lebat berterusan sejak 11 malam Khamis.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
KDNK MELAKA MENINGKAT RM50.3 BILION PADA 2025
SERI NEGERI 24 Ogos - Ekonomi Melaka terus menunjukkan prestasi positif apabila nilai Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) negeri meningkat...
MELAKA SEDANG CIPTA MOMENTUM UNTUK RAKYAT
SERI NEGERI 24 Ogos - Melaka bukan sekadar bergerak, tetapi sedang mencipta momentum, tegas Ketua Menteri, Datuk Seri Utama Ab...
17 DAS MERIAM BUKA TIRAI ISTIADAT PINGAT MELAKA
SERI NEGERI 24 Ogos - Dentuman 17 das tembakan meriam memecahkan suasana pagi di Seri Negeri, menandakan bermulanya Istiadat Penganugerahan...
RM450,000 BANTU RAKYAT ASAHAN DIAMI RUMAH LEBIH SELESA
ASAHAN 24 Ogos - Sebanyak 13 permohonan menerusi inisiatif Melaka Rumahku di Dewan Undangan Negeri (DUN) Asahan diluluskan sehingga tahun...
BUKTI ORANG ASAHAN SAYANG TOK RAUF
ASAHAN 23 Ogos - Kehadiran ribuan rakyat memeriahkan siri Jelajah Ketua Menteri Sayang Rakyat Dewan Undangan Negeri (DUN) Asahan menjadi...
AGENDA SEJAHTERAKAN ASAHAN BELUM BERAKHIR
ASAHAN 23 Ogos - Tamatnya siri Jelajah Ketua Menteri Sayang Rakyat di Dewan Undangan Negeri (DUN) Asahan bukan bermakna komitmen...
