
Menara Taming Sari tawar diskaun 50 peratus sempena pembukaan semula
AYER KEROH 12 Jun – Menara Taming Sari memberikan tawaran istimewa buat pengunjung sempena pembukaan semula menara berkenaan, esok.
Syarikat itu dalam satu kenyataan berkata, semua pengunjung yang berminat menaiki menara berkenaan pada esok (13 Jun) dan lusa (14 Jun) bakal menerima potongan harga tiket sebanyak 50 peratus.
Ia menjadikan harga tiket berkurangan menjadi RM8.50 sahaja untuk dewasa dan RM5.50 untuk kanak-kanak berbanding harga asalnya RM17 dan RM11.
“Berita baik untuk semua pelanggan! Menara Taming Sari akan kembali beroperasi pada 13 Jun 2020. Promosi istimewa untuk anda potongan harga 50 peratus untuk semua pelanggan pada 13 dan 14 Jun 2020. Jom naik Menara dan nikmati tawaran diskaun istimewa ini,” kata kenyataan berkenaan.
Sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP), Menara Taming Sari akan dibuka setiap hari bermula jam 9 pagi hingga 11 malam.
Untuk rekod, Menara Taming Sari ditutup selama hampir tiga bulan bermula 18 Mac lalu ekoran daripada Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) susulan penularan pandemik Covid-19 yang melanda dunia.
Views:
Related


Berita Lain
MAIM SALUR LEBIH RM6 JUTA UNTUK BANTUAN PERUBATAN, KOS DIALISIS
KOTA LAKSAMANA 5 Oktober - Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) membelanjakan lebih RM6.7 juta bagi tujuan bantuan berkaitan perubatan dan...
DISKAUN KOMPAUN MBMB RINGANKAN BEBAN RAKYAT, TINGKATKAN JUMLAH KUTIPAN HASIL
AYER KEROH 5 Oktober - Kutipan hasil kompaun Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) menerusi kaunter bergerak Program MBMB Mesra (MeSRA)...
MELAKA HARGAI GOLONGAN BERUSIA, 2,000 WARGA EMAS NIKMATI KEMASUKAN KE LOKASI PELANCONGAN TERPILIH
AYER KEROH 5 Oktober - Seramai 2,000 warga emas termasuk peserta Karnival Warga Emas Peringkat Kebangsaan 2026 menerima tiket percuma...
AZMI TERUSKAN TRADISI ‘KEDAI BERGERAK’, SELESA MENJAJA SAYUR GUNA MOTOSIKAL
AYER LIMAU 5 Oktober - Bagi generasi yang membesar sekitar tahun 80-an hingga 90-an, bunyi ikonik hon angin atau loceng...
DUN AYER LIMAU: LEBIH RM1 JUTA NAIK TARAF JALAN, LONGKANG
AYER LIMAU 5 Oktober - Lebih RM1 juta diperuntukkan Kerajaan Negeri, Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW), Kementerian Ekonomi dan...
GLAMPING TASIK CHINCHIN MULA DIBANGUNKAN 2027
AYER KEROH 5 Oktober - Pembangunan kemudahan 'glamping' di Taman Ekstrem Tasik Chinchin, Jasin dijangka bermula Januari tahun depan selepas...
