Sorting by

×

POLITEKNIK MERLIMAU BINA KAMPUS HARMONI, INKLUSIF

Masa Membaca:1 Minit, 4 Saat

AYER KEROH 18 Mei – Politeknik Merlimau Melaka (PMM) membuktikan komitmennya dalam membina komuniti kampus harmoni dan inklusif menerusi penganjuran Seloka Raya Fest 3.0 berlangsung serentak dengan pelancaran Program Transformasi PMM.

Pelancaran Trasformasi PMM bertemakan ‘Semarak Muafakat Sekampus’ diadakan di Dewan Platinum PMM, sementara itu Seloka Raya Fest 3.0 pula berlangsung di PMM Mall secara serentak, baru-baru ini berjaya menghimpunkan 2,500 pelajar dan warga kerja daripada pelbagai kaum dan latar belakang budaya

Pengarah PMM Norizam Sekak berkata, penganjuran program seumpama itu wajar dijadikan agenda tahunan kerana bukan sahaja menceriakan sambutan perayaan, malah menjadi platform strategik dalam menyatukan warga kampus melalui aktiviti yang merentas kaum dan agama.

“Semangat muafakat dan budaya kerja berpasukan disemai melalui program ini penting bagi membina komuniti kampus yang kukuh, harmoni dan inklusif.

“Antara pengisian menarik sepanjang program adalah aktiviti marhaban, persembahan kebudayaan daripada pelajar PMM, pelancaran sistem ePWork dan aplikasi Merit KITA, lawatan khas oleh tetamu kehormat ke reruai jabatan serta unit,” katanya menerusi satu kenyataan.

Program Transformasi PMM dianjurkan oleh Jawatankuasa Perwakilan Pelajar (JPP) PMM dengan melibatkan seluruh pensyarah dan kakitangan PMM, sementara itu Seloka Raya Fest 3.0 adalah hasil inisiatif Exco Komunikasi, Kolaborasi, Korporat & Promosi bersama Exco Sukan & Kebudayaan JPP PMM.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

503
Kongsi :
Previous post EMPAT PROGRAM BESAR PERINGKAT NEGERI BERSEMPENA WRUR DUN SUNGAI UDANG
Next post KESAN TAPAK HARIMAU DI JELI, PERHILITAN NASIHAT PENDUDUK TIDAK AMBIL TINDAKAN SENDIRI