
SENARIO ‘GEGAR’ PEMENTASAN TEATER MUZIKAL LAWAK DI PANGGUNG BANGSAWAN
MELAKA, 20 Mei – Kumpulan pelawak terkenal tanah air Senario bakal menemui peminat di pentas teater di sini bulan depan menerusi pementasan Muzikal Lawak Bangsawan: Mimpi Tuanku@Senariounion.
Dijadualkan berlangsung pada 28 Jun di Panggung Bangsawan Melaka di sini, pementasan itu juga akan menyaksikan Azlee, Saiful Apek, Wahid, Lan Pet Pet, Illya dan Yassin bergandingan dengan ikon seni persembahan tanah air Datuk Jalaluddin Hassan.
βBeliau (Jalaluddin) juga bakal membawa watak penting yang menyuntik keanggunan dan kredibiliti pada naskhah muzikal ini,β kata pengarah persembahan Lokman Ghani pada sidang media majlis pelancaran teater itu di sini.
Lokman berkata muzikal itu yang diinspirasikan daripada hikayat klasik Melayu akan dipersembahkan dengan pendekatan kotemporari bagi menarik minat pelbagai generasi.
βMuzikal ini menggandingkan elemen komedi moden dengan keindahan teater bangsawan tradisional,β katanya, menambah persembahan akan sarat dengan keindahan bahasa, sindiran sosial dan jenaka segar.
Beliau berkata persembahan yang akan berlangsung selama dua jam itu merupakan produksi Persatuan Teater Negeri Melaka dengan kerjasama Panggung Bangsawan Melaka dan rakan strategik Boolan Trending. – BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
AB RAUF BERGELAR DOKTOR PENTADBIRAN PERNIAGAAN
BANGI 21 November - Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Utama Dr. Ab Rauf Yusoh antara lebih 14,000 graduan yang diraikan...
MELAKA BERWARNA-WARNI, FAIRUL NIZAM MAHU TERUS SUBURKAN PERPADUAN
SERI NEGERI 21 November - Memastikan semangat perpaduan masyarakat berbilang kaum di Melaka terus mekar menjadi antara keutamaan Datuk Dr....
TIGA ACARA WARNAI PELANCONGAN MELAKA DISEMBER INI
BANDA HILIR 21 November β Melaka bakal merancakkan sektor pelancongan sepanjang Disember ini menerusi penganjuran tiga acara utama bersempena cuti...
KEPIMPINAN BERJIWA RAKYAT, PENIAGA SAMBUT BAIK AB RAUF KEKAL KETUA MENTERI
REMBIA 21 November - Pelantikan semula Datuk Seri Utama Dr. Ab Rauf Yusoh sebagai Ketua Menteri Melaka Ke-13 bagi penggal...
BERKAIN PELIKAT PUN TURUN PADANG, ABDUL HAKIM TAK BERTANGGUH SELESAI ADUAN RAKYAT
LENDU 21 November β Penampilan bersahaja hanya berkain pelikat dan berbaju T tidak menghalang Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Lendu,...
12 PENGIKTIRAFAN BUKTI KECEMERLANGAN MPJ
JASIN 21 November - Majlis Perbandaran Jasin (MPJ) terus memperkukuh prestasi sebagai pihak berkuasa tempatan (PBT) berprestasi tinggi apabila berjaya...
