Sorting by

×

TIGA CALON STAM 2024 MELAKA PEROLEH MUMTAZ, MUMTAZ SUFI

Masa Membaca:1 Minit, 27 Saat

AYER KEROH 22 Mei – Tiga calon Negeri Melaka memperoleh pangkat Mumtaz dan Mumtaz Sufi pada peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) 2024 yang diumumkan, kelmarin.

Pengarah Pendidikan Jabatan Pendidikan Negeri Melaka, Mahfudzah Mohamed Noor berkata seramai 50 calon menduduki STAM 2024 dan daripada jumlah itu 72.46 peratus lulus serta layak menerima sijil.

Katanya, peningkatan calon yang lulus bagi 2024 adalah sebanyak 3.97 peratus berbanding 68.49 peratus bagi STAM 2023 juga dengan 50 calon menduduki peperiksaan itu.

“Tiga pelajar peroleh Mumtaz termasuk seorang menerima Mumtaz Sufi iaitu Qurratul Aini Rosli dengan keputusan 10 Mumtaz (Sufi); Nur Aisyah Humaira’ Khairul (7 Mumtaz,3 Jayyid Jiddan) dan Nadiatul Najwa Mohd Kuari (6 Mumtaz, 3 Jayyid Jiddan dan 1 Jayyid).

“Keseluruhan keputusan STAM 2024 Negeri Melaka seramai tiga pelajar menerima pangkat Mumtaz; 15 peroleh Jayyid Jiddan; 26 menerima Jayyid; enam Maqbul dan 19 Rasib (gagal).

“Manakala Gred Purata Sekolah (GPS) Sekolah Menengah Arab (Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) Assyakirin merekodkan peningkatan 33.30 peratus lulus dengan merekodkan 78.75 peratus calon lulus menerima sijil,” katanya ketika berucap pada Majlis Apresiasi Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) Negeri Melaka 2024 di Jabatan Pendidikan Negeri Melaka Bukit Baru, di sini, semalam.

Hadir sama, Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama negeri Datuk Rahmad Mariman dan kenamaan lain.

Pada majlis tersebut, ketiga-tiga pelajar memperoleh Mumtaz turut hadir bersama ibu bapa masing-masing dan menerima sijil penghargaan daripada Kerajaan Negeri.

Mengulas lanjut, Mahfudzah berkata keputusan STAM 2024 Negeri Melaka mencatatkan peningkatan Purata Nilai Gred Keseluruhan Negeri 2.96.

“Angka itu merupakan peningkatan 0.03 berbanding pada tahun 2023 dengan 2.99. Gred Purata Negeri mengatasi 0.04 berbanding Gred Purata Nasional 3.00,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

711
Kongsi :
Previous post WRUR: TIDAK PERLU IKUT PROTOKOL
Next post MPHTJ KOMPAUN DUA PREMIS MAKAN ‘KOTOR’, LANGGAR SYARAT