Sorting by

×

WRUR: MANFAATKAN KEMAHIRAN DIGITAL UNTUK PROMOSI DUN

Masa Membaca:1 Minit, 27 Saat

LENDU 25 MEI – Kemahiran digital terus diperhebat dalam siri program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) Dewan Undangan Negeri (DUN) Lendu menerusi penganjuran Digital Creator Masterclass (DCM).

Exco Sains, Teknologi, Inovasi dan Komunikasi Digital negeri, Datuk Fairul Nizam Roslan berkata, DCM adalah inisiatif terbaharu di peringkat negeri yang berupaya membina masyarakat kreatif terutamanya dalam mencipta kandungan digital berkualiti.

Katanya, program anjuran Melaka Hari Ini (MHI) bersama Melaka ICT Holdings Sdn Bhd (MICTH) itu bukan sahaja bermanfaat buat para peserta mencipta kandungan peribadi di media sosial tetapi mampu digunakan untuk melonjakkan imej negeri ini.

“Saya berharap kesemua 30 peserta pada program DCM WRUR DUN Lendu ini dapat memanfaatkan ilmu digital untuk kebaikan.

“Sebagai contoh, gunakan ilmu yang dapat hari ini untuk buat ‘content’ promosikan produk di DUN masing-masing seperti di Lendu ini.

“Saya percaya pengalaman tenaga pengajar dari MHI mengendalikan DCM ini boleh membantu kita semua menjadi pencipta kandungan yang bukan sahaja hebat dari segi jumlah tontonannya tetapi memberi manfaat kepada negeri dan orang lain,” katanya.

Img 20250524 202919 892
GELAGAT peserta DCM mempelajar pelbagai ilmu berkaitan kemahiran mencipta kandungan digital sempena WRUR DUN Lendu. Foto Iqmal Haqim Rosman

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan program DCM sempena WRUR DUN Lendu, semalam.

Program itu turut diserikan dengan kehadiran Ketua Menteri Melaka ke-12 yang juga Adun Lendu, Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali.

DCM yang dibawakan khas sempena WRUR bakal menjelajah ke 28 DUN negeri ini berkongsi kepakaran digital iaitu fotografi, rekaan grafik, komunikasi berkesan depan kamera dan penghasilan video.

Ia membariskan tenaga pengajar berpengalaman seperti Iqmal Haqim Rosman (fotografi), Akmal Noorli (reka grafik), Faris Haikal Zakaria (komunikasi berkesan depan kamera) dan Aufa ‘Izzati (penghasilan video).

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

546
Kongsi :
Previous post ‘SPY GAME JUNIOR’ PERTAMA MALAYSIA KINI DI MELAKA
Next post TOK LEMAN AJAK ‘NEWBIE’ CONTOHI MELAKA HARI INI