Sorting by

×

TOK LEMAN AJAK ‘NEWBIE’ CONTOHI MELAKA HARI INI

Masa Membaca:1 Minit, 35 Saat

LENDU 25 Mei – Ketua Menteri Melaka ke-12, Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali memuji kandungan dihasilkan Melaka Hari Ini (MHI) yang disifatkan relevan, terkini dan dekat di hati pelbagai lapisan masyarakat.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan (Adun) Lendu berkata, inisiatif MHI menurunkan ‘manpower’ terbaik berkongsi kepakaran menerusi Digital Creator Masterclass (DCM) sempena program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) adalah wajar sebagai agensi media paling dipercayai rakyat Melaka.

Katanya, para peserta seharusnya memanfaatkan ilmu dan kemahiran digital masa kini untuk menghasilkan kandungan menarik yang boleh memberi pendapatan lumayan atau setidak-tidaknya menyebarkan kebaikan kepada rakyat.

Img 20250524 212449 835
PERKONGSIAN ilmu komunikasi berkesan depan kamera. Foto Iqmal Haqim Rosman

“Saya mengenali setiap raut wajah mereka (tenaga pengajar) di hadapan ini kerana merekalah ‘jentera’ yang sanggup berpanas, berhujan demi menghasilkan berita mahupun video untuk paparan kita semua.

“Memang berita mahupun video MHI boleh ditonton atau didapati secara percuma tetapi titik peluh mereka untuk menghasilkannya itu bukanlah mudah. Ada teknik tertentu kerana itulah mereka boleh bertahan sehingga sekarang.

“Jadi saya berharap para peserta boleh menyerap ilmu yang dikongsikan MHI ini sebaik mungkin supaya setiap kandungan di media sosial itu berhemah dan tidak mengguris hati sesiapa,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada program DCM sempena WRUR DUN Lendu yang disempunakan Exco Sains, Teknologi, Inovasi dan Komunikasi Digital negeri, Datuk Fairul Nizam Roslan, semalam.

Img 20250524 212109 611
SEKITAR perkongsian ilmu penghasilan video yang disampaikan tenaga pengajar Aufa ‘Izzati. Foto Iqmal Haqim Rosman

DCM anjuran Melaka Hari Ini (MHI) bersama Melaka ICT Holdings Sdn Bhd (MICTH) merupakan satu inisiatif berkongsi ilmu digital seperti fotografi, reka bentuk grafik, komunikasi berkesan depan kamera dan penghasilan video.

Program itu merupakan sebahagian daripada lebih 130 program terkandung dalam WRUR DUN Lendu yang telah bermula sejak 18 Mei lalu serta dijangka berakhir 31 Mei ini.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

660
Kongsi :
Previous post WRUR: MANFAATKAN KEMAHIRAN DIGITAL UNTUK PROMOSI DUN
Next post ‘TERIMA KASIH SENTIASA HARGAI KAMI’ – PEKERJA KONICA MINOLTA