Sorting by

×

IBU BAPA PERLU PASTIKAN ANAK-ANAK TERIMA IMUNISASI LENGKAP

Masa Membaca:1 Minit, 30 Saat

LENDU 26 Mei  – Ibu bapa digesa untuk memastikan anak masing-masing mendapat perlindungan daripada pelbagai jenis penyakit berjangkit menerusi program imunisasi lengkap disediakan Kementerian Kesihatan Malaysia.

Exco Kesihatan, Sumber Manusia dan Perpaduan negeri, Datuk Ngwe Hee Sem turut menegaskan bahawa imunisasi ialah hak kesihatan setiap insan, terutama kanak-kanak yang perlu diberikan perlindungan sejak usia muda lagi.

Katanya, selain itu imunisasi juga dianggap sebagai bentuk penjagaan terbaik, selain memberikan nutrisi seimbang.

“Sambutan Hari Imunisasi Peringkat Negeri Melaka 2025 bertemakan ‘Imunisasi untuk Semua, Ayuh Kita Jayakan’ amat bertepatan dan relevan dengan matlamat kita dalam bidang kesihatan awam iaitu memastikan setiap lapisan masyarakat menerima perlindungan kesihatan melalui imunisasi lengkap dan berkesan.

“Imunisasi bukan sekadar suntikan, ia adalah pelindung utama kepada nyawa, benteng awal menyekat penularan pelbagai penyakit berjangkit seperti difteria, pertussis, measles, rubella, polio, hepatitis B dan banyak lagi,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Sambutan Hari Imunisasi Peringkat Negeri Melaka 2025  dan Pelancaran Kampung Sahabat Farmasi KSKU Peringkat Daerah Alor Gajah juga bersempena Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) Dewan Undangan Negeri (DUN) Lendu di Dewan Komuniti, Taman Bandar Baru Masjid Tanah, di sini, semalam.

Hadir sama Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Lendu merangkap Ketua Menteri Melaka ke-12, Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali, Pengarah Kesihatan Negeri,  Dr. Ruzita Mustaffa, Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri (Kesihatan Awam), Dr. Noor Aizam Mohd Said dan Pegawai Kesihatan Daerah Alor Gajah, Dr. Shazlin Umar.

Hee Sem yang juga Adun Machap Jaya berkata, sejarah telah membuktikan apabila liputan imunisasi menurun, penyakit-penyakit selama ini terkawal akan muncul kembali.

Sebagai contoh katanya,  pada 2019, penyakit difteria yang telah lama ‘hilang’ direkodkan di beberapa negeri akibat keengganan sebahagian masyarakat mengambil vaksin.

“Perlu saya ingatkan, imunisasi ini bukan soal pilihan peribadi semata-mata, ia soal tanggungjawab sosial.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

594
Kongsi :
Previous post WRUR SUNGAI UDANG BANGKITKAN AURA DONDANG SAYANG
Next post ‘MINI AMAZON’ SUNGAI LINGGI LAIN DARI YANG LAIN