
MAIM ANJUR ‘UMMICARE’ BANTU IBU SELEPAS BERSALIN
AYER KEROH 19 Jun – Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) menganjurkan Program Penjagaan Ibu Selepas Bersalin (UMMICARE) khusus bagi membantu kaum ibu mendalami ilmu penjagaan dan kesedaran sepanjang proses berpantang selepas bersalin.
Penolong Setiausaha Bahagian Agihan Zakat MAIM, Rohaizah Abas berkata, penganjuran UMMICARE pada tahun ini memasuki siri kedua selepas pertama kali diadakan pada tahun lalu.
Katanya, UMMICARE itu khas disediakan untuk penerima bantuan asnaf iaitu fakir dan miskin yang berdaftar di bawah MAIM.
“Untuk itu MAIM mengalu-alukan ibu mengandung yang juga penerima bantuan asnaf MAIM yang berada di trimester kedua kehamilan tampil mendaftar.
“Penyertaan masih dibuka dan tarikh tutup penyertaan adalah pada 30 Jun ini. Mereka yang berminat boleh berhubung terus dengan Pejabat Agihan Zakat,” katanya kepada Melaka Hari Ini.

Menurut Rohaizah, program UMMICARE itu akan berlangsung dengan dua sesi pengisian iaitu ceramah dari Jabatan Kesihatan Negeri dan MAIM yang setiap satunya akan menyentuh topik berkaitan kekeluargaan.
“Apabila memasuki tahun kedua penganjuran sudah pasti akan ada penambahbaikan khususnya membabitkan aspek pengisian agar peserta dapat menambah pengetahuan,” katanya.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
DUYONG HIMPUN SEMUA, TOK RAUF SANTUNI SEGENAP LAPISAN RAKYAT
DUYONG 3 Ogos - Jelajah Ketua Menteri Sayang Rakyat Dewan Undangan Negeri (DUN) Duyong menyantuni pelbagai lapisan masyarakat menerusi empat...
ANUGERAH SERI MELAKA BAKAL TAMBAH KATEGORI TAHUN DEPAN
AYER KEROH 2 Ogos - Kerajaan Negeri bercadang menambah baik Anugerah Seri Melaka pada tahun depan dengan menambah lebih banyak...
‘PERMATA’ MELAKA BERJAYA DISERU BUKA LEBIH BANYAK PELUANG UNTUK ANAK NEGERI
AYER KEROH 2 Ogos - Anak Melaka yang telah berjaya mencipta kejayaan dalam pelbagai bidang diseru menggunakan pengalaman, kepakaran serta...
ANUGERAH SERI MELAKA JULANG JASA, UKIR LEGASI PERMATA NEGERI
AYER KEROH 3 Ogos - Buat julung kalinya, Kerajaan Negeri menganjurkan Anugerah Seri Melaka bertujuan untuk mengangkat legasi permata Melaka...
ANAK JATI MASJID TANAH JULANG ANUGERAH SERI MELAKA
AYER KEROH 2 Ogos - Lebih empat dekad pengalaman dalam sektor hartanah, perbankan dan korporat mengangkat Datuk Sr. Azmar Talib...
RM150,000 SENTUH HATI RAKYAT DUYONG
DUYONG 2 Ogos - Kerajaan Negeri menyediakan peruntukan dan bantuan bernilai hampir RM150,000 bagi memberi manfaat kepada pelbagai lapisan masyarakat...
