Sorting by

×

HARBOUR STREET ‘BELANJA’ ANAK YATIM SEMPENA HARI ASYURA

Masa Membaca:1 Minit, 9 Saat

BANDA HILIR 7 Julai – Mengambil keberkatan Hari Asyura pada 10 Muharam, Harbour Street Market mengambil inisiatif tanggungjawab sosial korporat (CSR) dengan berkongsi rezeki kepada 40 orang anak-anak yatim dari Pertubuhan Kebajikan Darul Aitam, Bukit Pegoh, Pernu Melaka.

Penganjurnya, Muhammad Shafiq Jamuri, 29, berkata, program CSR itu memberi peluang kepada anak-anak yatim untuk menikmati kesemua makanan dan minuman secara ‘free flow’ daripada 59 gerai peniaga di tapak berkenaan.

Menurutnya, selain makanan, pihaknya turut menyumbang kit cenderahati dan sumbangan berbentuk wang tunai bagi meraikan anak-anak kurang bernasib baik itu.

“Ini merupakan inisiatif kali pertama kami sejak pembukaan semula Harbour Street ini pada Jun lalu.

“Sebenarnya ini cara kami berkongsi rezeki dan memanjatkan syukur terhadap sambutan yang menggalakkan daripada pengunjung ke sini.

“Kesemua peniaga juga memberi sokongan dalam menjayakan program CSR ini dengan niat memuliakan anak-anak yatim pada Hari Asyura,” katanya kepada Melaka Hari Ini.

Whatsapp image 2025 07 07 at 12.29.12
MUHAMMAD Shafiq menyampaikan sumbangan kepada anak-anak yatim.

Terdahulu, program Santunan Kasih Anak-Anak Yatim di tapak Harbour Street Pulau Melaka itu turut dihadiri Datuk Bandar Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB), Datuk Shadan Othman, malam tadi.

Lokasi Harbour Street Market @ Pulau Melaka yang menjual pelbagai makanan, minuman dan cenderamata berhampiran dengan Masjid Selat kini menjadi antara lokasi tumpuan pengunjung selepas lokasi itu dihidupkan kembali dengan inisiatif MBMB.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

631
Kongsi :
Previous post RONGGENG, WARISAN MELAKA YANG DISALAH ERTI
Next post PAMERAN MANUSKRIP MELAYU BUKTI KETAJAMAN AKAL INTELEKTUAL SILAM