Sorting by

×

LW SUSPENSION BUKAN SEKADAR PUSAT SERVIS, BUKA DIMENSI BAHARU INDUSTRI AUTOMOTIF

Masa Membaca:2 Minit, 11 Saat

PAYA RUMPUT 7 Julai – LW Suspension Sdn Bhd dengan kerjasama jenama tayar antarabangsa, Toyo Tires membuka dimensi baharu dalam industri automotif Melaka dengan pembukaan ibu pejabat LW Suspension Tayar Ten (Toyo).

Pusat servis suspensi dan tayar yang terletak di No. 63, Jalan TTC 14, Taman Teknologi Cheng, di sini, itu bakal menjadi lokasi paling ideal untuk pemilik pelbagai jenis kenderaan khususnya pacuan empat roda (4×4).

Pengarah Urusan LW Suspension Sdn Bhd Mervyn Lim Wei Shiong berkata, pusat servis terbaharu bukan sahaja dilengkapi teknologi terkini, bahkan turut menjanjikan kemudahan servis bersepadu dan profesional, khas untuk pelanggannya.

Katanya, selain memberi tumpuan kepada servis kenderaan biasa, pihaknya turut menawarkan perkhidmatan servis suspensi dan tayar kenderaan elekrik (EV), memandangkan model mesra alam itu kini semakin berkembang di Malaysia dan Negeri Melaka amnya.

“Bersempena pembukaan baharu ini kami menawarkan pelbagai promosi khas untuk pelanggan merangkumi pelbagai perkhimatan antaranya bagi servis untuk kereta elektrik, pacuan empat roda, kenderaan utiliti sukan (SUV) dan lain-lain.

“Jadi, kami menjemput semua khususnya rakyat Negeri Melaka mendapatkan perkhidmatan servis profesional dan bertaraf antarabangsa di sini,” katanya kepada Melaka Hari Ini.

Terdahulu, pusat servis itu telah menerima lawatan rasmi Yang di-Pertua Negeri Tun Seri Setia Dr. Mohd Ali Mohd Rustam sempena majlis pembukaannya yang dikendalikan HM Jaya Resources Sdn Bhd, semalam.

Lawatan itu turut dihadiri Penasihat Khas Pelaburan dan Hal Ehwal Negara Cina Kepada Ketua Menteri merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Klebang Datuk Wira Lim Ban Hong; Ahli Dewan Negara Datuk Wira Koh Nai Kwong; Presiden / Pengarah Urusan Toyo Tire Sales And Marketing (M) Sdn Bhd serta lain-lain kenamaan.

Menurut Mervyn, LW Suspension mula ditubuhkan pada 2016 di atas minatnya yang mendalam terhadap industri automotif dan modifikasi kenderaan, selain dia sendiri merupakan pelumba wakil Malaysia dalam kejohanan antarabangsa.

Bertitik tolak daripada itu, dia mula berhasrat untuk memiliki jenama sendiri dan terlahirlah LW Suspension yang diinspirasi daripada namanya dan kini sebanyak empat cawangan telah dibuka di Melaka iaitu Tanjung Minyak, Durian Tunggal, Jasin dan Cheng.

Malah, perniagaannya itu turut membuka peluang pekerjaan kepada anak Melaka, di mana 78 peratus daripada pasukannya adalah berbangsa Melayu.

Melangkah ke hadapan, Mervyn memaklumkan sebuah Akademi LW yang akan dibuka bagi bagi melahirkan lebih ramai tenaga mahir dalam industri automotif.

Katanya, akademi tersebut akan menyediakan latihan bertaraf profesional kepada anak muda untuk mendapatkan Sijil Kemahiran Malaysia yang diperakui Malaysia Qualification Association (MQA).

“Kita tahu ramai yang mempunyai kemahiran di luar sana, namun tidak ramai memiliki sijil bertauliah. Jadi, kami komited mahu membantu anak muda ini menjadi tenaga mahir yang memiliki kelayakan dan seterusnya membantu mengembangkan lagi sektor automotif di negara ini,” tambahnya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

360
Kongsi :
Previous post 30,000 BANJIRI STADTHUYS SEMPENA PRA-PELUNCURAN WTD 2025
Next post ADTEC KAMPUS SELANDAR HIMPUN PELAJAR TVET TAHFIZ