Sorting by

×

ARTIFAK KAPAL PURBA DIPAMER DI MUZIUM MELAKA

Masa Membaca:56 Saat

SERI NEGERI 10 Disember – Kerajaan Negeri akan mempamerkan artifak kapal purba yang ditemui berhampiran Pulau Melaka di Muzium Maritim, Banda Hilir mulai tahun hadapan.

Exco Pelancongan, Warisan, Seni dan Budaya negeri Datuk Wira Abdul Razak Abdul Rahman berkata, penemuan ini dijangka menjadi produk pelancongan baharu yang unik di Melaka.

“Jumpaan artifak dan kapal purba ini tiada di negeri lain hanya di Melaka sahaja,” katanya pada sidang media selepas Persidangan Ketiga (Bajet) Penggal Keempat Dewan Undangan Negeri Melaka Kelima Belas hari ini.

Menurut beliau, kajian dan eksplorasi terhadap rangka kapal serta artifak ini telah dijalankan sejak 2021 hingga 2025.

“Artifak yang ditemui termasuk seramik, duit syiling dan pelbagai barangan bersejarah, justeru tapak penemuan telah diisytiharkan sebagai kawasan perlindungan bagi memastikan ia tidak diganggu dengan rondaan berkala dijalankan.

“Penemuan ini merupakan satu lagi produk pelancongan baharu dari Melaka,” katanya.

Katanya, pihaknya juga telah mengadakan perundingan dengan pemilik syarikat tapak berkenaan bagi menyerahkan kawasan itu kepada Kerajaan Negeri bagi membolehkan kajian dan pemuliharaan artifak diteruskan.

“Kerjasama ini akan dijalankan antara Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM) dan Jabatan Warisan Negara (JWN),” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

197
Kongsi :
Previous post MELAKA MEMILIH UNTUK BEKERJA, BUKAN BERBALAS SENTIMEN – KM
Next post NAIK TARAF PERSIMPANGAN BUKIT RAMBAI BERMULA 2026 – EXCO