
RXZ RIDE EDITION 3.0: POLIS PERKETAT KAWALAN KESELAMATAN
AYER KEROH 10 Disember — Polis Melaka mengatur gerak penugasan pegawai dan anggota yang mencukupi bagi memastikan keselamatan semua peserta dan orang awam terjamin sempena penganjuran RXZ Members Ride Edition Melaka 3.0 2025 bermula Jumaat ini.
Ketua Polis Melaka, Dato’ Dzulkhairi Mukhtar, berkata pihaknya akan mempertingkatkan kawalan keselamatan serta aliran trafik sekitar lokasi program dijadual berlangsung di Dataran Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), Ayer Keroh pada 12 dan 13 Disember ini.
Bagaimanapun, beliau memaklumkan tiada sebarang penutupan jalan utama akan dilakukan di negeri ini sepanjang berlangsungnya program berkenaan.
“Polis Melaka memberikan jaminan bahawa keselamatan para peserta dan orang awam akan sentiasa diutamakan,” katanya dalam satu kenyataan media, di sini, hari ini.
Dalam pada itu, beliau turut mengingatkan orang ramai supaya mematuhi arahan pihak berkuasa dari semasa ke semasa.
“Semua peserta pula diminta menjaga disiplin serta keselamatan kenderaan masing-masing bagi mengelakkan berlakunya sebarang kejadian tidak diingini termasuk kehilangan harta benda,” katanya.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
PRN MELAKA: KEPIMPINAN PAS IKRAR SOKONGAN PENUH BUAT CALON BN REMBIA
REMBIA 3 November - Hubungan baik yang terjalin sejak era Muafakat Nasional (MN) menjadi asas kepada sokongan kepimpinan PAS terhadap...
PRN MELAKA: BOLA SEPAK SATUKAN JENTERA BN-PAS DI REMBIA
REMBIA 3 November - Perlawanan persahabatan bola sepak antara jentera Barisan Nasional (BN) dan PAS di Dewan Undangan Negeri (DUN)...
STESEN PENYELIDIKAN MPOB PERKUKUH SEKTOR AGRIKOMODITI MELAKA
PANTAI KUNDOR 3 November - Usaha memperkukuh sektor agrikomoditi di Melaka terus dipergiat menerusi pembangunan Stesen Penyelidikan Lembaga Minyak Sawit...
TOK HAMEED SANTUNI PENGUNDI USIA HAMPIR 100 TAHUN DI SUNGAI SIPUT
AYER LIMAU 3 November - Kediaman Mohd Yusof Taib, 98, di Kampung Sungai Siput antara persinggahan calon Barisan Nasional bagi...
PRN MELAKA: USAHA BN DI REMBIA REDAKAN BANJIR, PENDUDUK SUNGAI PETAI LEGA
REMBIA 3 November - Pembinaan longkang baharu di Kampung Sungai Petai berjaya mengatasi masalah banjir berulang yang sekian lama membelenggu...
50 DEPOH LATEKS BAHARU DISASAR DIBINA MENJELANG 2027
PANTAI KUNDOR 3 November - Kerajaan menyasarkan pembinaan 50 depoh susu getah (lateks) baharu di seluruh negara menjelang tahun hadapan...
