Sorting by

×

RAMADAN WAKTU TERBAIK TINGKAT AMAL IBADAH, ERAT SILATURAHIM

Masa Membaca:1 Minit, 3 Saat

TANJUNG BIDARA 18 Februari – Umat Islam di negeri ini disaran memanfaatkan bulan Ramadan untuk meningkatkan amal ibadah.

Timbalan Mufti Melaka Hazarudin Baharudin berkata, umat Islam khususnya di negeri ini dinasihatkan agar tidak mensia-siakan peluang yang hadir hanya sekali setahun itu.

Katanya, Ramadan wajar dijadikan bulan untuk menambah amalan ibadah serta membentuk keperibadian lebih baik berbanding sebelumnya.

“Kepada semua umat Islam ambillah kesempatan bulan Ramadan ini sebagai bulan untuk kita menambahkan amal ibadah dan menjadikan diri kita lebih baik daripada sebelumnya,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui Melaka Hari Ini pada Majlis Cerapan Rasmi Hilal Ramadan 1447H/2026M Peringkat Negeri Melaka di Balai Cerap, Kompleks Falak Al-Khawarizmi, Kampung Balik Batu, Masjid Tanah, di sini, semalam.

Majlis itu turut diserikan dengan kehadiran Yang di-Pertua Negeri Tun Seri Setia Dr. Mohd Ali Mohd Rustam.

Mengulas lanjut, Hazarudin berkata, selain memperbanyakkan ibadah, umat Islam turut digalakkan mengambil peluang untuk mengeratkan silaturahim serta memperkukuh hubungan kekeluargaan sepanjang menjalani ibadah puasa.

“Ramadan yang hadir hanya setahun sekali jadi jadikan bulan puasa ini sebagai medium untuk merapatkan hubungan sesama ahli keluarga dan masyarakat.

“Jadikan Ramadan ini sebagai titik tolak perubahan diri, bukan sahaja untuk kepentingan peribadi, malah demi kesejahteraan umat secara keseluruhan,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

643
Kongsi :
Previous post JANGAN ADA ANAK PAYA RUMPUT TERCICIR SEKOLAH
Next post MAIM BANTU BINA TIGA RUMAH ASNAF TAHUN INI