Sorting by

×

JEJAK PORTUGIS DI KAMPUNG TAMPOI

Masa Membaca:1 Minit, 16 Saat

PAYA RUMPUT 21 Februari – Di sebalik kepadatan kawasan perindustrian di kawasan Perindustrian Krubong terdapat runtuhan sebuah gereja lama berusia lebih 400 tahun dipercayai tinggalan Portugis di Melaka.

Kawasan runtuhan yang sebelum ini dipenuhi pohon getah dikatakan ditemui oleh seorang pemuda pada 1993.

Menariknya penemuan runtuhan itu menunjukkan walaupun terletak jauh dari kawasan bersejarah di Banda Hilir, namun Kampung Tampoi, di sini, juga memiliki ‘jejak’ Portugis.

Menariknya, runtuhan batu granit yang ditemui itu kini telah diwartakan sebagai lokasi tinggalan sejarah.

Susulan penemuan itu, sebuah gereja katolik baharu dibina sebelum perasmian pada dibuat pada 2009 dan ia diberi nama ‘Church of Our Lady of Guadalupe’ dan turut dikenali sebagai ‘The Ruin of Tampoi Church’.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Kampung Tampoi Abd Halim Abd Hamid, meskipun kewujudan tapak rumah ibadat bersejarah tidak diketahui ramai namun kawasan itu mula menjadi tumpuan ramai.

Jelasnya, ia termasuklah mendapat kunjungan daripada penganut agama kristian dari luar negara yang tertarik dengan tinggalan sejarah itu.

“Menariknya lokasi runtuhan gereja ini berada di sebalik kawasan perindustrian menyebabkan ramai tidak mengetahuinya.

“Namun kawasan ini berpotensi menjadi lokasi baharu untuk pengunjung atau pelancong selain ke kawasan tumpuan di Banda Hilir.

“Tinggalan tapak ini secara tidak langsung menunjukkan terdapat kewujudan komuniti katolik Portugis di kawasan pendalaman suatu ketika dahulu,” katanya.

Menurut Abd Halim, selain tinggalan gereja, Kampung Tampoi juga turut dikaitkan dengan kisah Datuk Machap iaitu seorang ulama dan kerabat diraja Makassar yang terlibat dalam mempertahankan Melaka daripada Portugis sekitar tahun 1500-an.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

423
Kongsi :
Previous post TIBI TERKAWAL, PELANCONGAN MELAKA SELAMAT DILAWATI
Next post KUNJUNGI MEMORIAL HAYATI PERJUANGAN TOKOH KEMERDEKAAN