
TIBI TERKAWAL, PELANCONGAN MELAKA SELAMAT DILAWATI
TELOK MAS 21 Februari – Penularan penyakit Tibi di Melaka masih terkawal dan tidak menjejaskan industri pelancongan, kata Pengurus Besar Bahagian Promosi Pelancongan (BPP) Melaka Nasrul Ahmad.
Beliau berkata, sehingga kini tiada aduan diterima daripada pemain industri termasuk hotel, restoran dan agensi pelancongan.
“Setakat ini, keadaan masih terkawal dan tiada laporan yang menunjukkan penyakit ini menjejaskan sektor pelancongan, Jabatan Kesihatan Negeri juga memaklumkan situasi terkawal,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Gema Ramadan Bersama Pesara Tentera dan Polis Negeri Melaka Sempena Pengisytiharan Kemerdekaan Negara di Masjid As-Saadah, Ujong Pasir, di sini, semalam.
Menurut Nasrul, Kerajaan Negeri sentiasa memantau situasi penyakit itu dan mengambil langkah kawalan proaktif.
“Saringan kesihatan dijalankan di pintu masuk negeri oleh Jabatan Kesihatan Negeri Melaka dan Jabatan Imigresen Malaysia bagi memastikan mereka yang dijangkiti dapat dikawal segera dan situasi tidak menular.
“Pemantauan berterusan ini penting untuk memastikan keselamatan penduduk dan pengunjung sekali gus mengekalkan reputasi Melaka sebagai destinasi pelancongan selamat,” katanya.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
PROJEK PEMBANGUNAN UBAH WAJAH DUN SERKAM
SERKAM 5 Julai – Pelbagai projek pembangunan yang dirancang di Dewan Undangan Negeri (DUN) Serkam berjaya direalisasikan menerusi Program Wakil...
PERKEMBANGAN SEKTOR PELANCONGAN MELAKA BERI LIMPAHAN REZEKI KEPADA RAKYAT
BANDA HILIR 4 Julai - Kerajaan Negeri melaksanakan pelbagai inisiatif untuk terus memperkasakan sektor pelancongan supaya sektor itu bukan sahaja...
SEDEKAD PENGANJURAN MALAKKA DUTCH FESTIVAL
BANDA HILIR 4 Julai - Penganjuran Malakka Dutch Festival yang memasuki ulang tahun ke-10 mencerminkan komitmen berterusan Kerajaan Negeri dalam...
FESTIVAL MASAKAN WARISAN MELAKA DAN MELAKA HERITAGE FESTIVAL 2026 SASAR 10,000 PENGUNJUNG
BANDA HILIR 4 Julai - Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM) menyasarkan kira-kira 10,000 pengunjung sepanjang penganjuran Festival Masakan Warisan Melaka dan...
220 ACARA MENARIK SEPANJANG TAHUN GAMIT PELANCONG KE MELAKA
BANDA HILIR 4 Julai - Festival Masakan Warisan Melaka dan Melaka Heritage Festival 2026 dilihat mampu memperkukuh kedudukan negeri ini...
KERAJAAN NEGERI TERUS PERKASA WARISAN KULINARI MELAKA
BANDA HILIR 4 Julai - Festival Masakan Warisan Melaka dan Melaka Heritage Festival 2026 yang dianjurkan Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM)...
