Sorting by

×

JKR MELAKA SENTIASA PANTAU PAPAN TANDA ROSAK, UZUR

Masa Membaca:1 Minit, 14 Saat

TABOH NANING 21 Mac – Jabatan Kerja Raya (JKR) negeri sentiasa memantau keadaan papan tanda di seluruh Melaka ia bagi memastikan keselamatan pengguna jalan raya sentiasa terjamin.

Exco Kerja Raya, Infrastruktur, Kemudahan Awam dan Pengangkutan negeri, Datuk Hameed Mytheen Kunju Basheer berkata, sepanjang tahun lalu JKR telah memperuntukkan lebih RM1 juta bagi memperbaiki papan-papan tanda yang berisiko dan sudah uzur.

Beliau berkata, pemantauan keadaan papan tanda ini sentiasa dibuat oleh JKR namun pihaknya tidak menafikan ada kes terpencil yang terlepas pandang.

“Untuk tahun lalu JKR ada memperuntukkan bajet khas bagi memperbaiki papan tanda yang berisiko dan berkeperluan membabitkan nilai lebih RM1 juta.

“Namun peruntukan itu tidak mencukupi untuk meliputi satu Melaka kerana kalau diikutkan ia memerlukan kos yang tinggi.

“Pada tahun ini kita cuba untuk tambah baik dan permohonan peruntukan sudah dibuat namun masih belum ada kelulusan,” katanya.

Menurut Hameed, pengurusan papan tanda bukan hanya terletak dibawah bidang kuasa JKR satu-satunya tetapi turut terbahagi kepada pihak berkuasa tempatan (PBT).

“Untuk perkongsian papan tanda sebahagian dibawah tanggungjawab atau bidang kuasa JKR dan sebahagian lagi di bawah PBT khususnya di kawasan bandar termasuk papan tanda berlesen.

“Namun begitu pemantauan sentiasa dibuat oleh kedua-dua pihak bagi memastikan ia berada dalam keadaan baik dan selamat selain tidak berisiko kepada pengguna jalan raya.

“Pada masa yang sama, kami turut berharap aduan daripada orang ramai kepada JKR terutamanya dalam melaporkan papan tanda yang berisiko ini supaya tindakan segera dapat diambil,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

839
Kongsi :
Previous post DUA MAUT, EMPAT CEDERA PARAH DALAM KEMALANGAN DI PUTRAJAYA
Next post TOK RAUF TUNAI SOLAT SUNAT AIDILFITRI DI KAMPUNG PULAU