
NAIK ‘BOT KUDA BELANG’ DAPAT DISKAUN MASUK ZOO MELAKA
BANDARAYA MELAKA 24 Mac – Zoo Melaka menawarkan diskaun 10 peratus untuk satu tiket kemasukan kepada pengunjung yang menaiki bot bertemakan zoo di Melaka River Cruise.
Bahagian Jualan dan Pemasaran Zoo Melaka Ezuwan Mazelan berkata, promosi itu bertujuan menggalakkan lebih ramai pelancong mengunjungi Zoo Melaka serta Melaka River Cruise, sekali gus memperkasa sektor pelancongan negeri.
βPengunjung hanya perlu mengimbas dua kod QR yang disediakan dalam bot tersebut, termasuk pautan ke laman web rasmi Zoo Melaka serta penyertaan peraduan.
βMereka juga perlu bergambar bersama bot bermotifkan kuda belang, memuat naik gambar di media sosial dan menghantar bukti penyertaan melalui QR peraduan bagi melayakkan diri menerima diskaun tersebut,β katanya kepada Melaka Hari Ini semasa pelancaran bot berkenaan.
Menurutnya, setiap gambar yang dimuat naik di media sosial perlu disertakan dengan tag dan hashtag rasmi Zoo Melaka.
Promosi menarik itu dijangka bermula selepas Hari Raya Aidilfitri dan akan diumumkan secara rasmi menerusi platform media sosial Zoo Melaka.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
JANGAN ANGGAP GURU MUSUH, TEGURAN MEREKA DEMI MASA DEPAN – AB RAUF
KLEBANG 23 November - Pelajar di negeri ini diingatkan supaya tidak menganggap teguran dan ketegasan guru sebagai satu bentuk permusuhan,...
PENGGAL KE-16: MELAKA MAHU SEKOLAH LEBIH BAIK, PENDIDIKAN LEBIH BERKUALITI
KLEBANG 23 November - Penambahbaikan infrastruktur sekolah dan kaedah pembelajaran antara aspek yang akan terus diberikan perhatian Kerajaan Negeri dalam...
JANGAN LUPA JASA GURU, TOK RAUF TITIP PESANAN BUAT CALON SPM MELAKA
KLEBANG 23 November - Di sebalik usaha memburu kecemerlangan dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), calon diingatkan agar tidak melupakan...
MESYUARAT EXCO PERTAMA: MELAKA MULAKAN LANGKAH JANJI MANIFESTO 100 HARI
KLEBANG 23 November - Pelaksanaan manifesto pilihan raya bakal menjadi antara keutamaan pentadbiran Kerajaan Negeri Melaka apabila barisan Exco akan...
SPM 2026: MELAKA SASAR GRED PURATA NEGERI, PERATUS LAYAK SIJIL MENINGKAT
KLEBANG 23 November - Melaka menyasarkan Gred Purata Negeri (GPN) Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2026 pada 4.17 mata berbanding 4.26...
TIMBALAN EXCO PERKUKUH JENTERA PENTADBIRAN MELAKA, KHIDMAT RAKYAT JADI KEUTAMAAN
KLEBANG 23 November - Pelantikan Timbalan Exco dalam pentadbiran Kerajaan Negeri Melaka bukan perkara baharu, sebaliknya struktur itu sudah dilaksanakan...
