
MESRA: MELAKA PERUNTUK RM150 JUTA SETAHUN BANTU ASNAF
AYER MOLEK 24 Mac – Sejumlah RM150 juta diperuntukkan Kerajaan Negeri dalam membantu golongan asnaf setiap tahun, kata Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama negeri Datuk Rahmad Mariman.
Menurut beliau, jumlah itu diagih hasil daripada kutipan zakat pada setiap tahun, di mana kebanyakannya disalur bagi tujuan kebajikan golongan asnaf, fakir dan miskin.
Jelas beliau, ia secara tidak langsung mencerminkan gagasan Melaka Sayang Rakyat benar-benar memberi manfaat kepada segenap lapisan rakyat di negeri ini.
“Jumlah ini termasuklah ketika Ramadan dan Syawal tahun ini, di mana, sejumlah lebih RM12 juta telah disalurkan.
“Selain itu, setiap bulan juga pelbagai skim bantuan disalur untuk asnaf seperti bantuan untuk pesakit, makanan bulanan, orang kurang upaya (OKU) dan lain-lain lagi,” katanya kepada pemberita pada Program Moreh Bersama YB Rahmad di sebuah warung di Kampung Bukit Lintang, di sini, baru-baru ini.
Rahmad yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Ayer Molek berkata, selain asnaf, bantuan zakat untuk turut disalurkan kepada pelajar-pelajar kurang berkemampuan yang menuntut ilmu di dalam dan luar negara.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
HAMPIRI USIA SEABAD, KOPERASI PEGAWAI KERAJAAN MELAKA KEKAL DI PUNCAK
BANDA HILIR 9 Oktober - Hampir mencecah usia satu abad, Koperasi Pegawai Kerajaan Negeri Melaka Berhad terus mengekalkan peranan sebagai...
SEKTOR KOPERASI SASAR LONJAK PENDAPATAN RM100 BILION TAHUN INI
BANDA HILIR 9 Oktober - Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) menyasarkan pendapatan sektor koperasi meningkat kepada RM100 bilion tahun ini, berbanding...
BERMALAM DI MUZIUM: PELAJAR JADI KURATOR, SELONGKAR RAHSIA WARISAN
DUYONG 9 Oktober - Bukan sekadar bermalam dan meneroka ruang pameran, 79 pelajar daripada dua sekolah menengah di Melaka berpeluang...
516 KOPERASI MELAKA KUMPUL ASET RM608 JUTA
BANDA HILIR 9 Oktober - Gerakan koperasi Melaka terus menunjukkan perkembangan positif apabila 516 koperasi berdaftar di negeri ini merekodkan...
MELAKA ANGKAT KOPERASI KE ARUS PERDANA, BUKAN LAGI EKONOMI KELAS KEDUA
BANDA HILIR 8 Oktober - Dengan keanggotaan melebihi 177,000 orang, gerakan koperasi di Melaka terus diperkasa sebagai antara pemacu ekonomi...
JEREBU: SEMUA SEKOLAH DI MELAKA DITUTUP ESOK
AYER KEROH 8 Oktober - Semua sekolah di seluruh Melaka akan ditutup esok (9 Oktober) susulan peningkatan bacaan Indeks Pencemaran...
