
ASAHAN PERNAH ADA ‘LAPANGAN TERBANG’?
ASAHAN 4 Mei – Siapa sangka di sebalik sebuah kampung yang terletak di hujung Melaka terdapatnya sebuah kawasan yang dahulunya berfungsi seakan sebuah lapangan terbang.
Lokasi bersejarah itu terletak di Kampung Relau, berhampiran Laman Tiga Budaya, di mana di situ, dikatakan terdapatnya sebuah kawasan lapang yang menjadi kawasan pesawat tentera British mendarat suatu ketika dahulu.
Menurut Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Kampung Relau Kamarudin Md Aris, ‘lapangan terbang’ itu telah wujud sebelum kelahirannya pada tahun 1961, di mana ia turut menjadi kawasan kem tentera British pada waktu itu.
“Saya dimaklumkan ini merupakan kawasan pesawat membawa tentera British untuk mendarat dan sehingga kini, trek panjang untuk pesawat turun masih ada di sini.
“Malah, ketika saya masih kecil iaitu sekitar 1960-an, kawasan ini masih terdapat banyak kem tentera, namun tidak lama selepas itu ia telah ditutup,” katanya kepada Melaka Hari Ini.
Menurut Kamarudin, selain lokasi pendaratan pesawat, di kawasan itu juga memiliki kawasan tadahan air yang berfungsi membekalkan air bersih kepada penduduk Asahan dan kawasan sekitarnya.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
PRN MELAKA: HELMY MAHU BANGUNKAN EKOSISTEM E-SUKAN DI DUYONG
DUYONG 10 November - Penyediaan fasiliti e-sukan di Duyong menjadi antara perancangan calon Barisan Nasional (BN) Dewan Undangan Negeri (DUN)...
DALAM SIBUK BERKEMPEN, RAIS TURUN HARUNG BANJIR DEMI RAKYAT
BEMBAN 10 November - Kesibukan berkempen sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka Ke-16 tidak menghalang Exco Kanan Perumahan, Kerajaan Tempatan,...
TPM MAHU PERKENAL KURSUS E-SUKAN DI INSTITUSI TVET MARA
DUYONG 10 November - Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Utama Dr. Ahmad Zahid Hamidi mahu kursus berkaitan e-sukan diperkenalkan di...
ANTHONY LOKE LETAK JAWATAN: SENDIRI JANJI, SENDIRI TANGGUNG – KA SIONG
BANDARAYA MELAKA 10 November - Presiden MCA, Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong menyifatkan keputusan Menteri Pengangkutan, Anthony Loke...
PRN MELAKA: AB RAUF YAKIN MCA MAMPU RAIH SOKONGAN MASYARAKAT CINA
BANDARAYA MELAKA 10 November - Barisan Nasional (BN) Melaka menyasarkan kemenangan di kesemua empat kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang...
HUJAN BUKAN HALANGAN, UNCLE WONG SETIA TEMANI HELMY BERKEMPEN
DUYONG 10 November - Cuaca hujan tidak menghalang warga emas, Vong Fook Hoi atau lebih dikenali sebagai Uncle Wong, 88,...
