Sorting by

×

CIPTA KENANGAN INDAH SEBAGAI ‘ZOOLUNTEER’ ZOO MELAKA

Masa Membaca:59 Saat

AYER KEROH 10 Mei – Mahu merasai pengalaman menjadi penjaga haiwan atau ‘zookeeper’? Zoo Melaka adalah tempat terbaik untuk anda.

Menerusi program ‘Zoolunteer @ Zoo Melaka, ia memberi peluang kepada orang awam, pelajar sekolah, belia mahupun pencinta haiwan menyumbang tenaga dalam aktiviti kesukarelawan bermanfaat.

Zoo Melaka memaklumkan, selain memberi pengalaman bermakna, program itu juga menjadi platform terbaik dalam mendidik dan memupuk kesedaran masyarakat mengenai pemuliharaan hidupan liar.

Dengan hanya serendah RM35 seorang membabitkan kumpulan minimum 10 orang, peserta dapat merasai pengalaman berharga bersama haiwan di zoo berkenaan.

Zoo

Melalui program tersebut, para peserta bukan sahaja didedahkan dengan rutin harian penjagaan haiwan seperti penyediaan makanan, pembersihan habitat dan pemantauan kesihatan, malah turut diberi pendedahan mengenai kepentingan konservasi serta perlindungan spesies terancam.

Selain itu, peserta juga akan diberi tunjuk ajar daripada penjaga haiwan berpengalaman, termasuklah memahami aspek kebajikan haiwan secara lebih dekat.

Malah, peserta juga bakal menerima sijil digital eksklusif (e-certificate) daripada Zoo Melaka.

Kepada anda yang ingin mencipta memori indah dan mendapat pengalaman menarik bersama haiwan, apa kata anda sertai Zoolunteer Zoo Melaka.

Untuk tempahan dan pertanyaan lanjut boleh menghubungi Bahagian Pemasaran Zoo Melaka di talian 018-2609063 atau 011-12852789.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

569
Kongsi :
Previous post GASING PANGKAH, KOMUNITI JAWA TARIK PERHATIAN TOK RAOP
Next post MELAKA SEMAKIN JADI TUMPUAN PEMINAT SUKAN ANTARABANGSA