Sorting by

×

MELAKA TAK LOKEK DEMI MEMPERKASA SEKTOR PENDIDIKAN

Masa Membaca:1 Minit, 35 Saat

TANJUNG BIDARA 15 Mei – Akses pendidikan untuk anak Melaka bermula dari tadika, sekolah rendah dan menengah, seterusnya menara grading dibuka seluas-luasnya oleh Kerajaan Negeri menerusi pelbagai inisiatif serta program yang dianjurkan.

Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh berkata, aspek pendidikan semua peringkat menjadi keutamaan pentadbiran beliau dan setakat ini Kerajaan Negeri sudah menyalurkan sebanyak RM196 juta bagi memperkasa bidang akademik anak jati Melaka.

Katanya, peruntukan itu merangkumi pelbagai inisiatif pendidikan termasuk pembangunan sekolah, bantuan pendidikan serta program pembangunan modal insan yang memberikan manfaat kepada lebih 140,00 anak-anak bumi bertuah ini.

“Kita sediakan tuisyen percuma, bantu persiapan mula sekolah kepada golongan B40. Malah kita turut memperuntukan sebanyak RM15 juta menerusi Bantuan MeSRa Pendidikan TAPEM.

“Kita juga beri Elaun Khas KAFA dan pelbagai lagi inisiatif pendidikan demi membantu golongan pendidik dan anak-anak di negeri ini,” kata Ketua Menteri ketika berucap pada Malam Seuntai Kasih Sejambak Bakti Buat Pesara Guru Parlimen Masjid Tanah di Villa D’Acqua, Masjid Tanah, di sini, malam tadi.

Majlis meraikan 570 pesara guru dalam Parlimen Masjid Tanah itu turut dihadiri Speaker Dewan Undangan Negeri Datuk Wira Ibrahim Durum; Exco Kerja Raya, Infrastruktur, Kemudahan Awam dan Pengangkutan negeri Datuk Hameed Mytheen Kunju Basheer merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Ayer Limau serta Timbalan Exco Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana negeri Datuk Zulkiflee Mohd Zin merangkap Adun Taboh Naning.

Hadir sama Timbalan Exco, Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama negeri Datuk Datuk Rosli Abdullah merangkap Adun Kuala Linggi serta Adun Lendu Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali.

Ab  Rauf yang juga Adun Tanjung Bidara, menegaskan selagi diberi kepercayaan menerajui pentadbiran Negeri Melaka, pendidikan akan terus menjadi keutamaan beliau dan tidak akan dipinggirkan.

“Saya percaya, kalau kita mahu melihat Melaka terus maju 10 atau 20 tahun akan datang…Kita mesti bermula dengan memperkasakan bilik darjah pada hari ini,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

247
Kongsi :
Previous post NALURI JURURAWAT MEMANG SENTIASA MAHU MEMBANTU
Next post ‘DAK RAUF TAK LUPA JASA GURU’