
200 BEKAS AHLI KEMBALI KE PANGKUAN UMNO MASJID TANAH
TANJUNG BIDARA 17 Mei – Hampir 200 bekas ahli parti kembali menyertai UMNO Bahagian Masjid Tanah, malam tadi.
Kesemua mereka menyerahkan borang keahlian kepada Ketua Menteri, Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Melaka pada Majlis Makan Malam Sireh Pulang Ke Gagang di Villa d’Acqua, Kampung Pulau, di sini.
Ab Rauf berkata, pihaknya terbuka mengalu-alukan kepulangan semula bekas ahli itu di bawah gagasan Rumah Bangsa untuk bersama memperkukuhkan semula kekuatan UMNO dan Barisan Nasional.
“Penyertaan yang diterima ini amat luar biasa dalam kelompok mereka yang pernah meninggalkan parti daripada lima Dewan Undangan Negeri (DUN) di dalam Parlimen Masjid Tanah.
“Saya berterima kasih kepada usaha ini kerana kesemua mereka kembali semula ke landasan sebenar perjuangan untuk membina sebuah kekuatan bangsa di bawah gagasan Rumah Bangsa yang dicetuskan oleh Presiden UMNO,” katanya kepada pemberita selepas majlis berkenaan.
Ab Rauf yang juga Pengerusi Barisan Nasional Negeri Melaka berkata, kepulangan semula ramai bekas ahli kepada UMNO diyakini dapat memperkukuhkan lagi jentera parti bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) yang akan diadakan tidak lama lagi.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
MELAKA MILIKI 29 TAPAK WARISAN GEOLOGI
TELOK MAS 1 Julai - Sebanyak 29 tapak warisan geologi yang dikenal pasti di seluruh negeri ini bakal menjadi produk...
INISIATIF MPJ KURANGKAN BIROKRASI PEMBANGUNAN TANAH RIZAB DAPAT PENGIKTIRAFAN
JASIN 1 Julai – Komitmen Majlis Perbandaran Jasin (MPJ) dalam memperkukuh kecekapan penyampaian perkhidmatan awam serta memperkasakan pembangunan komuniti membuahkan...
FESTIVAL SUNGAI MELAKA 2026: 30 ACARA RANCAKKAN 3 DAERAH
AYER KEROH 1 Julai - Sebanyak 30 acara berbentuk sukan, rekreasi, warisan dan kebudayaan mewarnai Festival Sungai Melaka 2026 yang...
16 TAHUN BERJASA DENGAN MPAG, APC SUNTIK SEMANGAT ZURAIHA
BANDA HILIR 1 Julai – Pengorbanan termasuk bekerja hingga lewat malam dan mengekalkan disiplin yang tinggi menjadi pegangan Pembantu Tadbir...
PERKHIDMATAN KLINIK PERGIGIAN BERGERAK JADIKAN SENYUMAN LEBIH BERSERI
SERKAM 1 Julai - Komitmen untuk membudayakan amalan penjagaan gigi agar bersih, bersinar dan senyuman yang lebih berseri dalam kalangan...
KESIDANG LAHIR BELIA BERKUALITI DENGAN SUKAN
KESIDANG 1 Julai - Pelbagai kemudahan sukan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kesidang terus dinaik taraf bagi menyediakan ruang rekreasi...
