
PESARA POLIS DITEMUKAN MENINGGAL DUNIA DI RUMAH
BUKIT KATIL 19 Mei – Seorang pesara polis ditemukan meninggal dunia di sebuah rumah di Taman Bukit Katil di sini pada Ahad, selepas jiran terhidu bau yang mencurigakan dari kediaman tersebut.
Ketua Polis Daerah Melaka Tengah ACP Christopher Patit berkata pihaknya menerima maklumat menerusi panggilan MERS999 kira-kira 6.30 petang, sebelum sepasukan anggota polis bergegas ke lokasi kejadian.
“Pihak bomba kemudian dipanggil untuk memecahkan pintu rumah berkenaan, sebelum menemukan lelaki berusia 64 tahun itu dalam keadaan tertiarap di ruang tamu rumah.
“Pemeriksaan awal yang dijalankan pegawai penyiasat dan pihak Hospital Melaka mendapati lelaki terbabit telah meninggal dunia dan pemeriksaan fizikal terhadap si mati juga mendapati tiada unsur jenayah dikesan,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Christopher berkata menurut jiran, mangsa yang tinggal bersendirian itu tidak kelihatan keluar dari rumah sejak empat hingga lima hari, sebelum bau busuk dihidu dari kediaman berkenaan.
Beliau berkata hasil bedah siasat yang dijalankan di Hospital Melaka mendapati punca kematian mangsa disebabkan masalah jantung.
Christoper berkata pihaknya sedang berusaha untuk mengesan dan menghubungi waris mangsa. – BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
MPAG DIDIK MASYARAKAT JAGA KEBERSIHAN, HINDAR GANGGUAN LALAT
MACHAP JAYA 4 Julai - Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG) melancarkan Kempen Kawalan Infestasi Lalat Tahun 2026 bertujuan untuk meningkatkan...
WRUR SERKAM: ISU GERAN TANAH 50 PENDUDUK TAMAN PONDOK INDAH HAMPIR SELESAI
SERKAM 4 Julai - Isu geran tanah membabitkan kira-kira 50 penduduk Taman Pondok Indah kini berada pada peringkat akhir penyelesaian...
KURSUS PRA PERKAHWINAN PERCUMA BERI MANFAAT HAMPIR 3,000 ANAK MELAKA
PENGKALAN BATU 4 Julai - Kursus Pra Perkahwinan Islam Negeri Melaka yang diperkenalkan Kerajaan Negeri dan diselia MAIM Holdings Berhad...
MELAKA LANCAR KEMPEN TUNAI ZAKAT SAHAM, POTONGAN GAJI ZAKAT
PENGKALAN BATU 4 Julai - Zakat Melaka kini melancarkan Kempen Tunaikan Zakat Saham serta Kempen Potongan Gaji Baharu dan Kemaskini...
MELAKA PERINCI DASAR BAHARU KAWAL SELIA NGO PENGURUSAN JENAZAH
SERKAM 4 Julai - Kerajaan Negeri menerusi Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) akan mengadakan perjumpaan bersama agensi terlibat untuk memperincikan...
ANUGERAH PRESTASI CEMERLANG SUNTIK SEMANGAT GURU MUDA JAIM TERUS TABUR BAKTI
BANDA HILIR 4 Julai - Pengiktirafan diterima daripada Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) menjadi suntikan semangat buat 149 penerima Anugerah...

