Sorting by

×

AKCC ANJUR KEJOHANAN GOLF AMAL PIALA PENGERUSI 2026 OGOS INI

Masa Membaca:1 Minit, 7 Saat

AYER KEROH 11 Jun – Ayer Keroh Country Club (AKCC) akan menganjurkan Kejohanan Golf Amal Piala Pengerusi 2026 pada 1 Ogos depan yang berkonsepkan ‘riadah sambil beramal’ melalui pengumpulan dana untuk golongan memerlukan.

Pengerusi AKCC, Datuk Rahmad Mariman berkata, pertandingan tersebut dijangka disertai kira-kira 120 peserta tempatan dan antarabangsa.

“Tujuan pertandingan ini adalah untuk mengumpulkan dana yang akan disalurkan kepada rumah anak yatim, golongan miskin, mualaf dan asnaf. Ini merupakan julung kalinya diadakan, iaitu program pertandingan golf berkonsepkan riadah sambil beramal.

“Melalui pertandingan ini, peserta bukan sahaja dapat bermain golf, malah berpeluang beriadah sambil beramal dengan menyumbang kepada mereka yang kurang bernasib baik,” katanya pada sidang media di pejabatnya, di Seri Negeri, di sini, semalam.

WhatsApp Image 2026 06 10 at 6.06.22 PM
KEJOHANAN Golf Amal Piala Pengerusi 2026 pada 1 Ogos depan.

Mengulas lanjut, Rahmad berkata pertandingan yang akan berlangsung seawal jam 7.30 pagi di AKCC itu terbuka kepada penyertaan pemain golf tempatan dan antarabangsa termasuk VIP.

Beliau yakin para peserta mampu menyumbang sebahagian daripada pendapatan mereka untuk disalurkan kepada golongan yang memerlukan.

Rahmad turut mengalu-alukan orang ramai serta penaja dan penyumbang untuk bersama-sama menyokong dan menyertai program ini.

“Meskipun pada masa ini kita sudah mempunyai penyumbang, namun sumbangan tambahan masih diperlukan bagi memastikan lebih ramai dapat dibantu,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

455
Kongsi :
Previous post WRUR JADIKAN MPHTJ LEBIH MESRA RAKYAT
Next post LEBIH 15 RUMAH DIBADAI RIBUT DI PULAU GADONG