Sorting by

×

WRUR KESIDANG: RAKYAT HARGAI INISIATIF PROGRAM SARINGAN KESIHATAN

Masa Membaca:1 Minit, 1 Saat

KESIDANG 12 Jun – Inisiatif saringan kesihatan percuma ditawarkan bersempena Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kesidang membantu rakyat mendapatkan akses kepada perkhidmatan kesihatan dengan lebih mudah selain meningkatkan kesedaran mengenai kepentingan penjagaan kesihatan.

Penduduk, Siti Aminah Malik, 63, berkata, program dianjurkan itu amat memudahkan dan membantu menarik orang ramai untuk hadir bagi menjalani saringan kesihatan.

“Maklumat yang dikongsikan pula amat membantu bagi meningkatkan lagi tahap kesedaran orang ramai berhubung pembudayaan amalan hidup sihat termasuk mengamalkan diet seimbang.

“Saya amat sokong jika program ini diteruskan, antara yang menarik perhatian saya adalah pemeriksaan mata dan gigi, semuanya percuma kalau ke pusat perubatan swasta sudah pasti kosnya agak tinggi,” katanya.

Warga emas itu ditemui selepas terpilih menerima Kad Rahmah daripada MediPulih yang disampaikan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kesidang Allex Seah Shoo Chin pada Hari Kesihatan DUN Kesidang sempena program WRUR DUN Kesidang di Kompleks Jeperun Kesidang, di sini, semalam.

Siti Aminah berkata, inisiatif itu juga menjadikan orang ramai khusus golongan berusia seperti dirinya lebih peka terhadap aspek kesihatan diri.

“Jika sudah menjadi amalan pastinya kita dapat kesan penyakit pada peringkat lebih awal, masih ada masa untuk melakukan rawatan sebelum semakin serius,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

577
Kongsi :
Previous post WRUR KESIDANG: MPHTJ BAIK PULIH RUMAH PESAKIT DIALISIS
Next post HARI TANPA KENDERAAN ALOR GAJAH TERUS DAPAT SAMBUTAN