Sorting by

×

KPKT LULUS 5 PERMOHONAN BINA BAHARU RUMAH RAKYAT MEMERLUKAN DI JASIN

Masa Membaca:1 Minit, 6 Saat

RIM 27 Jun – Sebanyak lima permohonan pembinaan rumah baharu di lima Dewan Undangan Negeri (DUN) di bawah Parlimen Jasin telah diluluskan di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) tahun ini dengan kos pembinaan RM90,000 bagi setiap unit.

Yang Dipertua Majlis Perbandaran Jasin (MPJ) Muhammad Zahiruddin Mohd Zahari berkata, kelulusan itu diberikan kepada pemohon yang memenuhi syarat yang telah ditetapkan termasuk memiliki tanah sendiri serta menepati kriteria yang digariskan oleh KPKT.

Katanya, pelaksanaan program pembinaan rumah baharu itu memberi tumpuan kepada golongan yang benar-benar memerlukan dan antara syarat utama yang perlu dipatuhi adalah status pemilikan tanah yang jelas.

“Setiap permohonan akan melalui proses semakan rapi sebelum diberi kelulusan oleh KPKT dan permohonan diselaraskan bersama Japerun kerana terdapat kes melibatkan geran dengan ramai penama,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada Melaka Hari Ini ketika ditemui pada Program MPJ Prihatin sempena Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) Dewan Undangan Negeri (DUN) Rim di Taman Seri Kerayong, di sini, semalam.

Mengulas lanjut, Muhammad Zahiruddin berkata, kelulusan akhir bagaimanapun tertakluk sepenuhnya kepada pertimbangan serta pematuhan syarat yang ditetapkan oleh KPKT bagi memastikan bantuan disalurkan kepada penerima yang benar layak.

“Pelaksanaan program bina rumah baharu ini memberi tumpuan kepada golongan yang benar-benar memerlukan, khususnya mereka yang tidak mempunyai kediaman selamat untuk didiami,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

545
Kongsi :
Previous post TRANSFORMASI ZOO MELAKA SEBAGAI DESTINASI KELUARGA – CMI
Next post 115 PASUKAN BERENTAP REBUT KEJUARAAN PERLUMBAAN PERAHU NAGA MELAKA 2026