Sorting by

×

TRANSFORMASI ZOO MELAKA SEBAGAI DESTINASI KELUARGA – CMI

Masa Membaca:1 Minit, 1 Saat

AYER KEROH 27 Jun – Perbadanan Ketua Menteri Melaka (CMI) memperhebat usaha memperkasakan Zoo Melaka menerusi pelbagai penambahbaikan termasuk menaik taraf pintu masuk utama serta memperkenalkan ‘Night Safari’ bagi menarik lebih ramai pengunjung.

Pengurus Besar CMI Datuk Ahmad Azlan Ahmad Salleh berkata, trasformasi itu dilaksanakan pihaknya dalam tempoh enam bulan selepas CMI mengambil alih pengurusan Zoo Melaka pada Januari 2026.

“Pembaharuan yang dilaksanakan ini bertujuan memastikan Zoo Melaka kekal relevan sebagai antara produk pelancongan ikonik negeri. Kami mahu pintu masuk Zoo Melaka kelihatan lebih ceria serta memberi pengalaman unik khusus buat mereka baru pertama kali singgah ke destinasi tarikan ini.

Beliau berkata demikian kepada Melaka Hari Ini selepas Program Ceramah Perdana anjuran bersama CMI Infra sempena Sambutan Maal Hijrah 1448H bertajuk ‘Membentuk Warga Kerja Berakhlak Tinggi’ yang disampaikan Ustaz Syamsul Debat di Auditorium Kompleks CMI, di sini, semalam.

Mengulas lanjut, Ahmad Azlan berkata bagi produk Night Safari pula ianya ditawarkan kepada orang ramai pada Sabtu pertama setiap bulan bersempena program Melaka Bila Larut Malam.

“Pengunjung dapat menyaksikan gelagat haiwan ini pada waktu malam, boleh juga merasai pengalaman memberi makan dan mengendalikan haiwan yang ada di Zoo Melaka seperti gajah, zirafah serta lain-lain lagi,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

533
Kongsi :
Previous post PROGRAM JOM SANTAI @DATARAN MBMB MERIAHKAN SUASANA MALAM MINGGU
Next post KPKT LULUS 5 PERMOHONAN BINA BAHARU RUMAH RAKYAT MEMERLUKAN DI JASIN