Sorting by

×

TUN DR. MOHD ALI RAI 50 ANAK YATIM DUN RIM SEMPENA HARI ASYURA

Masa Membaca:52 Saat

RIM 26 Jun – Yang di-Pertua Negeri Tun Seri Setia Dr. Mohd Ali Mohd Rustam hadir memeriahkan Majlis Sambutan Hari Asyura Peringkat Negeri Melaka yang berlangsungn di Masjid As-Sajidin, hari ini.

Lebih istimewa apabila majlis yang dianjurkan bersempena hari Asyura itu turut meraikan lebih 50 anak yatim sekitar Dewan Undangan Negeri (DUN) Rim.

Pada majlis itu Tun Dr. Mohd Ali turut menyantuni dan menyampaikan sumbangan kepada anak yatim yang kemudian disusuli dengan majlis berbuka puasa dan solat Maghrib berjemaah bersama lebih 100 penduduk tempatan serta jemputan yang hadir.

Tun Dr. Mohd Ali kemudian bersama-sama jemaah dan jemputan mendengar tausiah bertajuk ‘Menyantuni Kasih, Menyulam Sayang, Menjunjung Berkat’ disampaikan oleh Timbalan Mufti Kerajaan Negeri Melaka, Ehsan Mohd Hosni.

Hadir sama pada majlis itu Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Wira Azhar Arshad; Timbalan Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama negeri Datuk Rosli Abdullah; Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Rim, Datuk Khaidhirah Abu Zahar; Pegawai Daerah Jasin Datuk Rahizi Ranom serta lain-lain kenamaan.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1040
Kongsi :
Previous post MAIM SEMAI KASIH SAYANG KEPADA ANAK YATIM RAYSAS SEMPENA HARI ASYURA