Sorting by

×

WRUR SUNGAI RAMBAI: RM1 JUTA BINA BAHARU, BAIK PULIH RUMAH RAKYAT

Masa Membaca:1 Minit, 32 Saat

SUNGAI RAMBAI 7 Julai – Sejumlah lebih RM1 juta diperuntukan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Rambai bagi projek bina baharu dan baik pulih rumah rakyat memerlukan sejak 2022 hingga kini.

Exco Kanan Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana negeri Datuk Rais Yasin berkata, ia disalurkan menerusi Program Pembasmian Kemiskinan Bandar (PPKB) di bawah peruntukan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT).

Jelas beliau, daripada jumlah itu, sebanyak 28 rumah telah menerima manfaat baik pulih membabitkan peruntukan keseluruhan berjumlah RM560,000.

Menurutnya, selain itu, sebanyak lima rumah turut dibinba baharu di DUN Sungai Rambai sepanjang tempoh 2022 hingga 2025 dengan jumlah peruntukan RM450,000.

“Insya-Allah, inilah peranan yang dimainkan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) khususnya Majlis Perbandaran Jasin (MPJ) dalam membantu golongan yang memerlukan memiliki kediaman yang lebih selesa dan selamat,” katanya kepada Melaka Hari Ini.

Beliau berkata demikian selepas Program MPJ Prihatin: Menyantuni Penerima PPKB bersempena Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) Jasin: Kampung Kita DUN Sungai Rambai di Kampung Sebatu, di sini, hari ini.

Hadir sama, Timbalan Exco Kesihatan, Sumber Manusia dan Perpaduan negeri merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sungai Rambai Datuk Siti Faizah Abd. Azis; Pegawai Daerah Jasin Datuk Rahizi Ranom serta Yang Dipertua MPJ Muhammad Zahiruddin Mohd Zahari.

Mengulas lanjut, Rais berkata, pihaknya turut meninjau dua kediaman penerima bantuan sepanjang program berkenaan yang memerlukan bantuan tambahan bagi menyiapkan pembinaan bahagian belakang kediaman mereka.

Katanya daripada lawatan itu, Kerajaan Negeri telah meluluskan peruntukan berkenaan selepas mengambil kira kesukaran hidup dihadapi keluarga berkenaan, termasuk penghuninya yang menghidap kanser tahap empat dan baru selesai menjalani pembedahan, selain perlu menyara tujuh orang anak.

“MPJ sebelum ini telah membantu membaiki bumbung rumah ini dengan peruntukan sebanyak RM20,000. Insya-Allah, kita akan membantu menyalurkan baki bantuan yang diperlukan bagi membolehkan kerja-kerja pembinaan disiapkan,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

581
Kongsi :
Previous post MELAKA SASAR LEBIH 38,440 UNIT RUMAH MAMPU MILIK
Next post PEMAJU DISARAN BINA KEMUDAHAN IKUT KEPERLUAN RAKYAT – KETUA MENTERI