KASIH SAYANG TOK RAUF BUAT ANAK ISTIMEWA DUYONGKITA

Masa Membaca:1 Minit, 1 Saat

DUYONG 2 Ogos – Anak-anak istimewa antara golongan yang tidak pernah terpinggir daripada perhatian Kerajaan Negeri apabila Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh turun padang menyantuni mereka sempena Jelajah Ketua Menteri Sayang Rakyat Dewan Undangan Negeri (DUN) Duyong, hari ini.

Ab Rauf meluangkan masa beramah mesra bersama anak-anak istimewa di Pertubuhan Pemulihan Dalam Komuniti (PPDK) DUYONGkita, Taman Duyong Permai yang baru sahaja beroperasi Julai lalu.

Turut bersama dalam lawatan itu, Timbalan Exco Sains, Teknologi, Inovasi dan Komunikasi Digital negeri merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Duyong Datuk Mohd Noor Helmy Abdul Halem bersama barisan Exco Kerajaan Negeri.

Kehadiran Ketua Menteri turut membawa keceriaan kepada warga PPDK apabila berkesempatan meraikan hari jadi anak-anak istimewa.

Pada masa sama, beliau juga turut meninjau kemudahan bilik terapi serta mendapatkan penerangan mengenai pengoperasian pusat berkenaan.

Pada lawatan itu, Ab Rauf juga telah menyampaikan sumbangan dua unit televisyen pintar (Smart TV) bagi kegunaan pelatih PPDK DUYONGkita sebelum meluangkan masa menikmati jamuan ringan bersama anak-anak serta ibu bapa mereka.

Pada masa sama, Skuad Tok Rauf turut mengambil kesempatan menyampaikan sumbangan beras kepada ibu bapa pelatih sebagai tanda keprihatinan Kerajaan Negeri terhadap kebajikan keluarga insan istimewa.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

417
Kongsi :
Previous post ‘MELAKA SAYANG RAKYAT’ BUKAN SEKADAR SLOGAN, TETAPI SEBUAH JANJI – AB RAUF
Next post RUMAH SELESA, SELAMAT SINARI KEHIDUPAN 9 KELUARGA DI TELOK MAS