HANYA RM35, JOM MANDI-MANDA DI MELAKA WONDERLAND

Masa Membaca:1 Minit, 26 Saat

AYER KEROH 26 September – Hanya RM35 seorang, orang ramai kini berpeluang menikmati pengalaman mandi-manda di taman tema air Melaka Wonderland Theme Park & Resort menerusi Promosi September yang berlangsung sehingga 30 September ini.

Tawaran berkenaan terbuka kepada kumpulan minimum tiga orang, dengan tempahan boleh dibuat dari 17 hingga 30 September 2026.

Lebih menarik, tiket yang dibeli menerusi promosi itu mempunyai tempoh sah kunjungan sehingga 31 Disember 2026, sekali gus memberi lebih banyak masa kepada pengunjung merancang kunjungan bersama keluarga atau rakan-rakan.

Ketua Pegawai Eksekutif Melaka Wonderland Theme Park & Resort, Seow Cheng Swee berkata, tawaran berkenaan diperkenalkan bagi memberi peluang kepada orang ramai menikmati pelbagai tarikan taman tema air pada harga lebih berpatutan.

“Kami mahu memberikan peluang kepada lebih ramai pengunjung untuk menikmati pengalaman di Melaka Wonderland bersama keluarga dan rakan-rakan.

“Dengan tawaran istimewa ini, pengunjung boleh merancang kunjungan mereka lebih awal dan menikmati pelbagai tarikan yang disediakan,” katanya.

Selain tiket masuk pada harga istimewa, pengunjung turut menikmati diskaun 20 peratus bagi aktiviti tasik seperti Pedal Boat, Tube Ride dan Fish Feeding.

Menurut Seow, tempoh sah tiket yang panjang membolehkan pengunjung memilih tarikh kunjungan yang bersesuaian sehingga penghujung tahun.

“Dengan tempoh sah tiket sehingga penghujung tahun, pengunjung mempunyai lebih banyak ruang untuk merancang kunjungan mengikut masa yang bersesuaian.

“Kami berharap promosi ini dapat dimanfaatkan sebaiknya oleh orang ramai,” katanya.

Untuk mendapatkan tawaran itu, tempahan perlu dibuat sekurang-kurangnya tiga hari sebelum tarikh ketibaan dan tertakluk kepada terma serta syarat pihak pengurusan.

Orang ramai yang berminat boleh membuat tempahan dengan menghubungi Azri di 017-993 0217 atau pejabat Melaka Wonderland di 06-231 3333 / 1119.

Pertanyaan juga boleh dibuat menerusi e-mel [email protected].

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

111
Kongsi :
Previous post PRN MELAKA: BN ADAKAN DUA RUNDINGAN BERASINGAN MINGGU DEPAN
Next post USAHA BASMI AEDES PERLU LIBAT SELURUH KOMUNITI