SENTUHAN KASIH KETUA MENTERI NYALAKAN SEMANGAT CALON SPM MELAKA

Masa Membaca:1 Minit, 10 Saat

PENGKALAN BATU 26 September – Program Sentuhan Kasih Ketua Menteri menjadi pencetus semangat kepada calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) untuk lebih bersungguh-sungguh dalam mempersiapkan diri bagi menghadapi peperiksaan.

Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Methodist (ACS), Bong Yik Rhui, 17, berkata amanat Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh mengenai kepentingan SPM sebagai antara asas penting dalam membina kejayaan memberi dorongan kepadanya untuk meningkatkan usaha dalam pelajaran.

Katanya, program berkenaan turut memberinya inspirasi untuk tidak mudah berputus asa dalam mengejar sasaran akademik.

“Saya mendapat inspirasi untuk belajar dengan bersungguh-sungguh dan tidak berputus asa dalam pelajaran.

“Program ini bagus kerana memberikan banyak motivasi kepada pelajar untuk terus belajar bersungguh-sungguh,” katanya kepada Melaka Hari Ini selepas mengikuti Program Sentuhan Kasih Ketua Menteri MeSRa Pendidikan SPM & STPM 2026 di Manipal University College Malaysia (MUCM) Melaka Campus, di sini, hari ini.

Yik Rhui berkata, penganjuran program berkenaan memberi manfaat kepada pelajar kerana bukan sahaja memberi pendedahan berkaitan persediaan akademik, malah menyuntik keyakinan ketika mereka membuat persiapan menghadapi peperiksaan.

Menurutnya, kata-kata yang disampaikan menerusi program berkenaan mendorongnya untuk terus berusaha dan lebih yakin menghadapi SPM.

Dia turut berharap program seumpama itu dapat diteruskan pada masa akan datang bagi memberi manfaat kepada lebih ramai pelajar, khususnya calon SPM.

“Program seperti ini perlu diteruskan kerana ia memberikan banyak motivasi kepada pelajar untuk belajar dengan bersungguh-sungguh,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

244
Kongsi :
Previous post MATA PELAJARAN SEJARAH PERLU SENTIASA DIKAJI, DIKEMAS KINI