MESYUARAT KHAS SPR 7 OKTOBER TENTUKAN TARIKH PENTING PRN MELAKA KE-16

Masa Membaca:54 Saat

BANDARAYA MELAKA 25 September – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengadakan Mesyuarat Khas Urusan Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka Ke-16 pada 7 Oktober ini susulan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka pada 23 September lalu.

Setiuasaha SPR, Datuk Khairul Shahril Idrus menerusi satu kenyataan di sini berkata, mesyuarat khas itu akan dipengerusikan Pengerusi SPR, Datuk Seri Ramlan Harun bagi membincangkan tarikh-tarikh penting serta persiapan bagi pelaksanaan PRN Melaka Ke-16.

“Antara perkara yang akan dibincangkan ialah tarikh Writ Pilihan Raya, Hari Penamaan Calon, Hari Pengundian serta daftar pemilih yang akan digunakan.

“Sidang media turut diadakan selepas mesyuarat khas itu selesai,” katanya.

Keputusan mesyuarat itu akan menjadi antara maklumat penting yang perlu diberi perhatian kerana ia menentukan garis masa rasmi proses PRN bagi rakyat Melaka.

Pembubaran DUN Melaka berkuat kuasa pada 23 September lalu, selepas Ketua Menteri, Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh mengumumkan perkara berkenaan dalam sidang media khas pada 22 September.

Pembubaran itu dibuat selepas mendapat perkenan Yang di-Pertua Negeri, Tun Seri Setia Dr. Mohd Ali Mohd Rustam.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

787
Kongsi :
Previous post PRN MELAKA: BAYANGAN CALON? TUNGGU SEBELUM HARI PENAMAAN – AB RAUF
Next post JUALAN MELAKA SAYANG RAKYAT: AYAM RM5, BARANGAN MURAH DI PASAR BESAR MBMB