PPR PAYA RUMPUT: LENGKAPKAN JANJI TOK RAIS, BAWA KHABAR GEMBIRA UNTUK ORANG PAYA RUMPUT

Masa Membaca:1 Minit, 13 Saat

SUNGAI UDANG 10 Oktober – Projek Residensi Rakyat (PRR) Paya Rumput diumumkan pada Belanjawan 2027 bakal memberi manfaat kepada rakyat Dewan Undangan Negeri (DUN) Paya Rumput.

Pelaksanaan projek berkenaan bakal memberikan manfaat besar khusus kepada rakyat berpendapatan rendah yang menginginkan kediaman mampu milik sebagai tempat berteduh.

Exco Kanan Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana negeri, Datuk Rais Yasin berkata, projek berkenaan menjadi tambahan kepada kemudahan perumahan rakyat sedia ada di Krubong yang menyediakan 500 unit kediaman.

Katanya, pengumuman pembinaan PRR Paya Rumput itu juga merealisasikan antara perkara yang diperjuangkan sejak sekian lama bagi memenuhi keperluan perumahan penduduk di kawasan berkenaan.

“Tahniah kepada rakyat DUN Paya Rumput khususnya apabila PPR Paya Rumput antara yang diumumkan menerusi pembentangan Belanjawan 2027.

“Ini adalah tambahan kepada PRR Krubong yang sedia ada dengan 500 unit dan sekarang Paya Rumput juga mempunyai projek perumahan rakyat sendiri,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Jualan Sayang Rakyat – Sungai Udang Kampung Kita, di Rumah Awam Bertam Ulu, hari ini.

Rais yang juga penyandang DUN Paya Rumput berkata, pengumuman projek itu sekali gus melengkapkan lapan aku janji yang dikemukakannya ketika bertanding di kawasan berkenaan pada Pilihan Raya Negeri Ke-15.

“PPR Paya Rumput ini adalah manifesto yang saya uar-uarkan dan perjuangkan sejak sekian lama dan akhirnya telah pun tercapai.

“Malah ia juga merupakan manifesto saya yang terakhir memandangkan lapan akur janji untuk bertanding di DUN Paya Rumput sudah ditunaikan,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

5371
Kongsi :
Previous post MeSRa TVET: MELAKA BINA BAKAT UNTUK INDUSTRI MASA DEPAN