MANIFESTO BN-PN: BIL AIR PERCUMA UNTUK PENGGUNA DOMESTIK BAWAH 20 METER PADU

Masa Membaca:48 Saat

AYER KEROH 6 November – Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) menawarkan kemudahan bekalan air percuma kepada pengguna domestik yang menggunakan air di bawah 20 meter padu sebulan sekiranya diberi mandat pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka Ke-16.

Pengerusi Barisan Nasional (BN) Melaka merangkap Pengarah PRN Melaka Ke-16, Datuk Seri Utama Dr. Ab Rauf Yusoh berkata, inisiatif itu merupakan antara 20 komitmen utama daripada 113 inisiatif yang ditawarkan.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Pelancaran Manifesto Barisan Nasional dan Perikatan Nasional di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), di sini, hari ini.

Hadir sama, Presiden MCA Datuk Seri Dr. Wee Ka Siong; Setiausaha Agung Perikatan Nasional (PN) Datuk Seri Takiyuddin Hassan; Naib Presiden UMNO Datuk Seri Dr. Wan Rosdy Wan Ismail; Timbalan Pengerusi PN Melaka Zulkifli Ismail; Ketua Pemuda BN Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh; Ketua Wanita BN Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad serta lain-lain kenamaan.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

303
Kongsi :
Previous post PRN MELAKA: ‘KALAU ADO KOCOMASAN ACIK ZUL PALING COPEK SAMPAI’
Next post MANIFESTO BN-PN: SAGUHATI UNTUK PASANGAN BAHARU BERKAHWIN