
COVID-19: Negeri Sembilan dan Sarawak catat kebolehjangkitan harian tertinggi semalam
KUALA LUMPUR 18 Feb. – Negeri Sembilan dan Sarawak mencatatkan kadar kebolehjangkitan (Rt) COVID-19 harian tertinggi negara, iaitu masing-masing pada 1.06 setakat semalam, kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.
Berdasarkan infografik yang dikongsikan menerusi akaun Twitter beliau, Pulau Pinang merekodkan Rt kedua tertinggi iaitu pada 0.99, diikuti Kelantan dan Melaka (0.96), manakala Selangor, Perak serta Kedah masing-masing mencatatkan Rt 0.93.
Negeri-negeri lain pula merekodkan bacaan di bawah 0.90 iaitu Terengganu (0.89), Johor (0.87), Kuala Lumpur (0.81), Putrajaya dan Perlis (0.76), Pahang (0.73) dan Labuan yang mencatatkan Rt 0.51.
Rt untuk seluruh negara pula ialah 0.91, katanya.
Dilapor semalam, sebanyak 2,998 kes baharu COVID-19 dan 22 kematian direkodkan dalam negara.
Views:
Related


Berita Lain
NELAYAN PANTAI KUNDOR LEGA, ADA SINAR KEMBALI KE LAUT
PANTAI KUNDOR 21 Julai - Kehadiran Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh menyantuni komuniti nelayan di Pantai Kundor...
TIDAK DATANG KOSONG, TOK RAUF UKIR SENYUMAN DI WAJAH ANTHONY
PANTAI KUNDOR 21 Julai - Selepas bertahun-tahun berdepan cabaran tinggal di rumah pusaka yang uzur, nasib pesakit polio Anthony Lim,...
SUKAN, PELANCONGAN SEMARAK FESTIVAL SUNGAI MELAKA 2026
AYER KEROH 21 Julai - Lebih 100 pemain golf dari dalam dan luar Melaka memeriahkan Kejohanan Golf Perbadanan Pembangunan Sungai...
KITA TIDAK AKAN BERHENTI MENDENGAR, TERUS BERDIRI BERSAMA RAKYAT – KM
PANTAI KUNDOR 21 Julai - Kerajaan Negeri memberi jaminan akan terus memastikan agenda kesejahteraan rakyat menjadi keutamaan, selaras dengan semangat...
2,000 PENGHUNI KEM TERENDAK DIBANTU, 25,000 GELEN AIR DISALUR
SUNGAI UDANG 20 Julai - Kebajikan hampir 2,000 anggota tentera bersama keluarga yang terjejas akibat gangguan bekalan air di Kem...
RM16.15 JUTA IKHTIAR ATASI BANJIR PANTAI KUNDOR
PANTAI KUNDOR 20 Julai - Keresahan sebahagian penduduk Dewan Undangan Negeri (DUN) Pantai Kundor yang dibelenggu masalah banjir bakal ditangani...
