
Melaka catat kebolehjangkitan COVID-19 terendah dalam negara
KUALA LUMPUR 23 Feb. – Melaka merekodkan kadar kebolehjangkitan (Rt) COVID-19 terendah dalam negara iaitu pada kadar 0.50 setakat semalam.
Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menerusi infografik yang dikongsikan di laman Facebooknya memaklumkan Rt tertinggi dalam negara direkodkan Perak dengan 1.42, diikuti Kelantan (1.08), Sarawak (1.05) dan Negeri Sembilan (1.0).
Sementara itu, negeri-negeri lain mencatatkan bacaan di bawah satu iaitu Kedah dengan 0.99; Selangor, Johor dan Perlis (0.9); Pulau Pinang (0.89); Kuala Lumpur (0.86); Terengganu (0.82); Sabah (0.8); dan Pahang (0.75).
Sementara itu, menurut beliau kadar Rt di seluruh negara pula kekal berada pada paras 0.9.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
LEBIH 3,000 MERIAHKAN ‘KENDURIAN’ PARLIMEN MASJID TANAH
TANJUNG BIDARA 6 Julai - Kenduri durian atau 'kendurian' berlangsung di lima Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam Parlimen Masjid Tanah,...
MELAKA RANCANG LALUAN BAHARU, TINGKAT KECEKAPAN JARINGAN LOGISTIK
TABOH NANING 6 Julai - Kerajaan Negeri merancang membina jaringan jalan baharu yang menghubungkan Pelabuhan Antarabangsa Kuala Linggi (KLIP) ke...
WRUR SUNGAI RAMBAI: RM300,000 NAIK TARAF JETI NELAYAN DARAT
SUNGAI RAMBAI 6 Julai - Komuniti nelayan di Sungai Rambai bakal menikmati kemudahan infrastruktur lebih selesa apabila sebuah jeti nelayan...
KEBERSIHAN PASAR AWAM MELAKA MEMUASKAN
BANDA HILIR 6 Jun - Kempen Membasmi Infestasi Tikus 2026 antara usaha berterusan dilaksanakan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di negeri...
MIP JADIKAN MELAKA SEBAGAI HAB LOGISTIK STRATEGIK KORIDOR SELATAN
GADEK 6 Julai - Pembangunan Melaka Inland Port atau Pelabuhan Darat Melaka (MIP) dijangka mengubah landskap dan meletakkan Melaka sebagai...
‘DEMI TELOK MAS’ PEGANGAN BERKHIDMAT SEPENUH HATI
TELOK MAS 6 Julai – 'Demi Telok Mas' bukan sekadar slogan, sebaliknya menjadi pegangan dan prinsip yang mendasari setiap usaha...
