
Rang undang-undang profesion kerja sosial dalam peringkat akhir
PUTRAJAYA 17 Mac. – Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) kini dalam peringkat akhir penggubalan draf Rang Undang-Undang (RUU) Profesion Kerja Sosial, kata Menterinya Datuk Seri Rina Harun.
Melalui perundangan itu, katanya profesion kerja sosial itu akan diiktiraf melalui pendaftaran dan perakuan amalan yang dikawal selia oleh Majlis Profesion Kerja Sosial.
“Penggubalan Rang Undang-Undang ini penting bagi mendepani cabaran sosial dan bagi menjaga kebajikan dan kesejahteraan rakyat terutamanya kanak-kanak, wanita, warga emas yang rentan, orang kurang upaya dan golongan memerlukan,” katanya.
Rina berkata demikian pada Malam Apresiasi Pekerja Sosial yang diadakan sempena sambutan Hari Kerja Sosial Sedunia 2021 semalam, dalam kenyataan dikeluarkan KPWKM hari ini.
Sehingga Disember 2020, terdapat 3,814 pegawai skim sosial pelbagai gred berkhidmat di Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dalam skop tugas pekerja sosial yang melibatkan pengurusan kes kepada kumpulan sasar.
Kerja sosial adalah aktiviti dijalankan oleh seorang pekerja sosial profesional terlatih bagi meningkatkan kesejahteraan dan kefungsian sosial individu, keluarga, kumpulan, organisasi atau masyarakat.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
WRUR TANJUNG BIDARA: BENIH SAYUR PERCUMA CETUS SEMANGAT USAHAKAN KEBUN KECIL
TANJUNG BIDARA 17 September - Agihan anak pokok dan benih sayur-sayuran oleh Jabatan Pertanian Negeri Melaka mencetuskan semangat untuk bertani,...
PRN MELAKA BUKAN LAGI RAHSIA, CUMA TUNGGU MASA – AB RAUF
TANJUNG BIDARA 17 September - Pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka bukan lagi menjadi rahsia, sebaliknya hanya menunggu masa sesuai...
3,000 SERLAH SEMANGAT MALAYSIA DALAM KERETAPI SARONG MELAKA
BANDA HILIR 17 September - Lebih 3,000 peserta daripada pelbagai kaum dan latar belakang menyemarakkan sambutan Hari Malaysia menerusi Keretapi...
JUALAN MURAH FAMA BANTU RAKYAT BERJIMAT
TANJUNG BIDARA 17 September - Program jualan murah dianjurkan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) amat membantu golongan B40 dan kumpulan...
FAMA MELAKA MERIAHKAN WRUR DUN TANJUNG BIDARA
TANJUNG BIDARA 16 September - Nilai jualan Melaka Madani Agro Market sempena Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) Dewan Undangan...
MELAKA PANTAU PERKEMBANGAN JEREBU, TIMBANG PEMBENIHAN AWAN JIKA KEADAAN MAKIN TERUK
TANJUNG BIDARA 16 September - Kerajaan Negeri akan membincangkan langkah lanjut bagi menangani keadaan jerebu sekiranya bacaan Indeks Pencemar Udara...

