
Sultan Johor akan biaya kos baiki Hospital Sultanah Aminah
JOHOR BAHRU: Sultan Johor akan membiayai kos membaik pulih Wad Perubatan Perempuan Hospital Sultanah Aminah (HSA) yang terbakar petang semalam.
Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berkata, kontraktor akan dilantik bagi membolehkan kerja pembaikan dijalankan segera dengan kos pembaikan ditanggung sepenuhnya Yayasan Sultan Ibrahim Johor.
“Saya mahukan pengarah Jabatan Kerja Raya, pengarah Kesihatan Johor serta pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Johor bersama-sama membincangkan segera pelan pembaikan yang akan dilakukan kontraktor.
“Selalunya, kos pembaikan jika dilakukan kerajaan akan mengambil sedikit masa kerana terdapat sistem yang perlu dilalui dan saya tidak salahkan kerajaan. Oleh demikian, saya mahukan kerja-kerja pembaikan dilakukan segera,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Wad Perubatan Perempuan 1 HSA yang terletak tidak jauh dari Klinik Kesihatan Mahmoodiah terbakar pada 3 petang semalam dan semua 24 pesakit di wad itu berjaya dipindahkan dengan selamat.
Kali terakhir HSA terbakar pada Oktober 2016 di tingkat 2 unit rawatan rapi selatan yang mengorbankan 6 pesakit.
–BERNAMA
Views:
Related

Berita Lain
STESEN PENYELIDIKAN MPOB PERKUKUH SEKTOR AGRIKOMODITI MELAKA
PANTAI KUNDOR 3 November - Usaha memperkukuh sektor agrikomoditi di Melaka terus dipergiat menerusi pembangunan Stesen Penyelidikan Lembaga Minyak Sawit...
50 DEPOH LATEKS BAHARU DISASAR DIBINA MENJELANG 2027
PANTAI KUNDOR 3 November - Kerajaan menyasarkan pembinaan 50 depoh susu getah (lateks) baharu di seluruh negara menjelang tahun hadapan...
BUKA PELUANG KEDUA KEPADA KLIEN PUSPEN DALAM SEKTOR AGRIKOMODITI
PANTAI KUNDOR 3 November - Klien Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (PUSPEN) berpeluang memperoleh kemahiran dalam sektor agrikomoditi menerusi cadangan kerjasama...
LEBIH RM14 JUTA PERKUKUH PEMBANGUNAN MELAKA GEOPARK
BANDA HILIR 1 November – Lebih RM14 juta diperuntukkan dan diluluskan bagi memperkukuh pembangunan Aspiring Melaka Geopark termasuk menyediakan kemudahan...
PRN MELAKA: MCA TAMBAH SATU LAGI KERUSI, BERTANDING DI BANDAR HILIR
KUALA LUMPUR, 29 Okt - MCA diberi satu lagi kerusi untuk ditandingi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka iaitu Dewan...
TPM PUJI USAHA MELAKA PERLUAS POTENSI EKONOMI DESA
AYER KEROH 29 Oktober - Usaha Kerajaan Negeri Melaka memperluas potensi sektor pertanian dan membuka peluang ekonomi kepada masyarakat desa...

