
Tidak benar Kelantan bakal kena PKP- Polis Kelantan
KOTA BHARU 14 April. – Penularan rakaman audio di media sosial kononnya negeri Kelantan bakal dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) adalah tidak benar, kata Ketua Polis Negeri Datuk Shafien Mamat.
Justeru, beliau meminta orang ramai merujuk kepada laman rasmi Majlis Keselamatan Negara (MKN) Kelantan bagi mendapatkan maklumat terkini keadaan dan arahan semasa dalam membendung penularan COVID-19 di negeri ini.
Dalam kenyataan di sini hari ini, beliau menasihatkan orang ramai supaya tidak menularkan atau menyebarkan sebarang berita tidak benar tanpa merujuk kesahihannya.
Kenyataan tersebut dikeluarkan susulan tular satu rakaman audio seorang lelaki berdurasi 3 minit 18 saat menerusi aplikasi WhatApps yang mengatakan PKP akan dilaksanakan di Kelantan bermula 14 hingga 21 April ini.
Kelmarin, kerajaan mengumumkan PKP Bersyarat (PKPB) di Kelantan, Selangor, Johor, Kuala Lumpur dan Pulau Pinang dilanjutkan bermula 15 sehingga 28 April ini.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
‘MISTERI’ BANJIR 20 TAHUN SELESAI
KESIDANG 17 Jun – Masalah banjir yang menghantui ribuan penduduk di beberapa kawasan sekitar Dewan Undangan Negeri (DUN) Kesidang selama...
6 INISIATIF UTAMA PERKASA USAHAWAN MELAKA
KESIDANG 17 Jun – Diberi mandat sebagai Exco Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Hal Ehwal Pengguna pada 2023 dimanfaatkan sepenuhnya Allex...
BERANI BERDEPAN ISU PRINSIP YB ALLEX
KESIDANG 17 Jun – Tidak berselindung di sebalik jawatan dan protokol, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kesidang, Allex Seah Shoo...
WRUR TELOK MAS: PBT BUKAN SEKADAR PEMUNGUT CUKAI
TELOK MAS 17 Jun – Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) tidak seharusnya dilihat hanya sebagai pemungut cukai, sebaliknya pihak pemudah cara...
WRUR TELOK MAS : ‘TOK AJAK’ MAHU ZIARAH 100 RUMAH
TELOK MAS 17 Jun – Dari rumah ke rumah, suara dan keluhan penduduk akan terus disantuni menerusi Program Ziarah Kasih...
TOKONG 178 TAHUN JADI NADI KOMUNITI CINA TELOK MAS
TELOK MAS 17 Jun – Berusia 178 tahun, Tokong Cheng Wah Keong bukan sahaja kekal sebagai antara rumah ibadat tertua...
